Tuesday, August 23, 2011

Blurr

Holla & assalamualaikum alls

Before aku nak bercerita apa-apa, aku nak bagitahu yang blog aku dah cecah 10,000 readers. Thanks a lot ! Bukan aku nak kata aku nie cari publiscity murahan or what tapi, nie cuma sekadar cerita. Siapa yang suka, baca la. Siapa tak suka, just exit. Aku tak suruh pon orang benci aku. Lagipun, aku tak cari gaduh pon. hhaha.

Pergi kepada topik utama, dah dua hari aku jadi blurr. Nak tahu sebab apa? Aku terhantuk kepala aku dekat dinding. Syok tahu tak, dua kali pulak tu. Anyway, semalam aku tak update blog. Busy dengan belajar. Tak ada masa sangat nak buka Fb & update blog. So far, result exam aku memuaskan. Cukup-cukup makan. BM aku dapat 80. Cukup-cukup A. Malukan anak melayu dapat 80 jew? Tapi, tu la hakikatnya. BM susah sangat-sangat. Kalau dapat cikgu yang pemurah tu beruntung la . Tapi, kalau dapat cikgu yang 'kedekut' tapi hampa A , hampa memang cekang la. By the way, kelas aku every week akan buat exam agama. Takot kami semua x boleh dapat A. Tapi, kita kena susah dulukan baru boleh berjaya? Mana ada kejayaan datang bergolek.

Dua hari lepas, time aku with family aku pergi makan, dalam syok dok menikmati roti nan cheese tiba-tiba ada bunyi kaca pecah. Cam korang p ambik pistol & tembak cermin tebal 2.5 inchi. Rupanya ad kereta accident. Dua-dua bertembung. Cerita selanjutnya hampa tak perlu tahu kowt. Tapi, apa yang aku nak sampaikan pasal cerita pelanggan dalam kedai tu. Semua pakat dok mangkit(bangun) pi usha. Ada yang pi lari tinggal kedai konon-konon nak jadi hero la kot. Lepas-lepas ja keluar dari kedai, terus hilangkan diri. Makan free~ . Mesej yang aku nak sampaikan kat sini , tak baik la makan makanan yang tak bayar. Tak halal tu. Memang manusia tak tahu but allah tahu.

Malam tu, aku buat kerja aku macam biasa. Baca buku sambil berwebcam . Cakap pasal buku, dekat rumah aku buku aku saja dah ambik tiga almari besar tu. Tahun depan aku tak tahu nak bagi at siapa. Kerja aku memang pelik. Malam-malam selalu aku tak tidur & aku mula la akan baca buku Math or buku-buku lain. Subjek paling-paling aku suka, Math & Add.math. Kegemaran tu. Mesti korang kata aku nie over reacting atau papew. Aku bukan nak berlagak or what ever. Aku just 'bercerita' . Maybe hampa boleh share story gak.

Semalam aku ponteng sekolah. Syok, duduk dekat rumah boleh tidur lama-lama. Tidur p la smpai pukul 3 ptg. Tak ada orang nak marah . Aku tak pergi sekolah tu bersebab la. Bukan aku sakit or malas =,=' . Aku tak pergi sebab aku lupa nak beli bendera malam tu. Lagipun, Aku terlupa aku letak mana kerja sekolah aku. So, aku pown mengisytiharkan bahawa esok cuti. yeay! Aku duduk rumah pown kena belajar cam kawan-kawan aku dekat sekolah.
Aku nak bagitau juga, aku rindu sekolah rendah aku actually. Sekolah menengah nie sometime bagi aku sedih. Time sekolah rendah dulu, happy-happy ja.

Aku cuma ada lagi 90 hari saja lagi dekat Penang lepas tu I'm out from Penang. Den nok jadi orang nogori lo kata kan. Jumpa-jumpa nanti terus koban nogori . haha. Aku pon malas nak fikir-fikir sal sekolah menengah nie bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih. Aku rasa ramai orang happy kot if aku pergi negeri sembilan tahun depan. Aku kan dibenci ramai. Aku tak kesah pon nak benci aku atau tak. Tapi, aku dengan hidup aku la. haha. Asalkan SPM buat ok,

Aku rasa cukup dah kot untuk hari ni, nanti Insyallah aku akan update pasal aku buat pizza. Time aku pown nak habis dah. Sehari, mak aku bagi masa on 2 jam ja. Lastly, sorry la if ada terkasar bahasa. Aku tak berniat pon nak kutuk siapa-siapa. I'm just with my own way. Maaf if percakapan aku ada telor Penang sikit . ( Telor = loghat ) sumber: Kamuih dewan dan Pustakaq. Farewell, as-salam

No comments:

Post a Comment