Segala kekangan mungkin bermula dari dasar pemikiran kita sendiri yang dikaburi dengan emosi dan konflik untuk memilih siapa yang sebenarnya . Namun , perlulah jujur dalam setiap ikatan perhubungan yang dijalinkan agar kedua-dua belah pihak akan berasa adil dan berpuas hati . Dalam konteks percintaan aku , mungkin dianggap rumit dan bermasalah orang semua yang mendengar dan melihat . Maaf aku ingin katakan , mungkin segala ini berpunca dari aku ataupun si dia . Sekali lagi aku memohon maaf kerana sifat ego dan baran ini membuatkan banyak individu sakit hati dan benci akan diri aku .
Mungkin aku benci akan orang yang mengkhianati aku termasuklah orang yang aku cintai . Seharusnya jujur lebih baik dari menipu dan aku sedar akan ketiadaan sifat jujur didalam dirinya. Mungkin hati ini telah dikunci untuk mempercayai segala kata-kata manisnya supaya aku ditipu sekali lagi dan dikhianati dengan sifatnya . Hari ini segala rahsia penipuan dan pengkhianatan dibongkari orang oleh yang paling dipercayai oleh si dia . Haruskah aku mempercayai kata-katanya selepas apa dilakukan terhadap diri aku ini ? Sememangnya pedih apabila kita mendapat tahu akan kebenaran yang terpahat didalam jiwa seseorang itu tambahan pula ianya dibongkari oleh orang yang ketiga.
Kotak hati ini sungguh terasa kosong bagaikan tiada apa-apa yang dapat memenuhi ruang didalamnya. Sesungguhnya aku benci akan pengkhianatan dan aku benci ditipu . Sakit akan hati ini apabila aku mendapat tahu akan kebenaran yang sebenar dari si dia . Si dia memohon ampun kepada aku atas segala perbuatannya . Tetapi , perlukah aku memaafkannya ? Susah untuk aku memaafkannya tetapi dengan izin Allah aku cuba untuk memaafkannya tetapi ianya mengambil masa yang agak lama . Maaf , aku sakit jika ditipu buat kali yang keenam .
Semua itu hanya kata-kata dusta dan kosong belaka kerna segala apa yang dijanjikan tidak ditunaikan. Diri aku ni dibuat seperti sampah pada kali ini. Senang diterima dan senang dibuang begitu , alhamdulillah , Allah itu maha kaya , segala kebenaran pasti akan ditunjuk juga nanti . Aku hanya menunggu dengan lapang dada dan tenang akan segala yang benar.
Apabila keluhan hati berbicara buat kali kedua. Sifat aku sendiri yang kian dibenci oleh setiap manusia membuatkan hari-hari aku bertambah duka. Segala kata cacian yang telah aku berikan bukan berniat untuk memakinya, malah hanya untuk memberi dorongan kepadanya. Nasi sudah menjadi bubur. Perbalahan kian terjadi . Hampir setiap hari kami akan berbalah dengan masalah yang sama tanpa mengira waktu dan perasaan masing-masing. Hari ini sekali lagi aku telah membuat jiwanya bergelora dengan kata-kata kesat dan tajam dari lidahku. Allah maha mengetahui apa yang aku rasa apabila aku diberitahu akan perihal yang sebenar tanpa memikirkan perasaan aku , ianya telah menengelamkan jiwa aku yang luhur ini dan seterusnya membuatkan aku untuk menyerah kalah dami seorang perempuan yang aku cintai.
Permergian aku mungkin akan membukakan matanya yang kelam itu. Tanggal 16 April 2013 akan terpahat dalam ingatan aku akan semua kejadian yang berpunca dari kesilapan aku sendiri yang terlalu mengikutkan perasaan marah yang akhirnya menggundang padah kepada diri aku sendiri. Aku terlalu setia bagaikan tentera yang setia terhadap negara bangsa. Pada hari ini aku telah mencipta sejarah di hatinya dan didalam diri aku sendiri. Dan pada hari ini juga aku telah mencipta kebencian terhadap diriku didalam dirinya yang jelas digambarkan olehnya. Mungkin kebencian membuak-buak tanpa dia sedari dia telah berjaya menyingkirkan aku dari hidupnya.
Peristiwa pahit manis hanya menjadi kenangan buat diri ku yang hina ini. Allah maha adil, sekarang aku sudah terima segala perbuatan aku . Segala kekurangan dari aku juga menjadi punca diri aku dipermainkan oleh manusia. Mungkin hati aku terlalu lembut untuk memaafkan. Kesilapan aku juga semuanya. Pengakuannya mulai saai ini dia akan membenci Muhammad Shafizruddin Firdaus Bin Fazli Ku telah pun membuatkan aku jatuh menerima tamparan hebat ini. Ini berpunca dari percakapan aku sendiri yang menyetakan bahawa dia tiada agama dan tiada otak untuk berfikir. Mungkin ini silap aku sendiri kerana terlepas cakap kepadanya tentang semua ini. Segala sesalan tiada guna buat diri aku yang hina ini.
Penghinaan yang aku terima lebih pedih dari percakapan aku yang tidak mendatangkan sebarang kepicangan langsung. Namun semua pun telah pun berlaku. Dengan berat hati aku menerima segalanya. Kekadang aku sendiri bertanya siapakah aku di hatinya. Sebarang keikhlasan langsung tidak dipancarkan di riak wajahnya. Hanya Allah yang maha mengetahui akan segala perihalnya. Aku tidak mempunyai sebarang hak untuk berkata-kata. Mungkin kata-kata tajam ku membinasakan diri aku sendiri . Jika aku sedih , boleh digambarkan kelemahan aku sendiri dan kebodohan aku . Apa salah aku ? Aku dituduh mengongkongnya dari mula hingga akhir. Peristiwa 16 April 2013 telah membuatkan dirinya membenci aku selama-lamanya. Segala dombaan aku terima dengan nada yang terbuka. Allah membuka jiwa aku yang kosong dan luhur ini.
Hati dan diri ini telah dibenci olehnya. Akan ku cuba sedaya upaya dengan izin Allah untuk pergi dari hidupnya. Segala kemaafan langsung diabaikan sama sekali. Mulai sekarang diri aku dibenci olehnya, segala kemaafan langsung tidak diberikan. Kesilapan aku akan dibenci hingga matahari terbit dari arah barat. Mungkin hanya Allah yang maha mengetahui segala kekangan dan perihal yang telah berlaku . Bukan niat aku langsung untuk mengatakannya dan aku tahu apa yang terjadi . Aku tahu si dia kesiankan akan lelaki itu. Namun aku terpaksa menghalang kerana atas apa yang terjadi, ia membuatkan aku sedih dan hiba disulami dengan rasa marah yang kian terpendam . Segalanya aku keluhkan di sini atas sebab yang bukan disengajakan. Kekangan yang berlaku pun telah membuatkannya berdiam diri dan mengabaikan aku.
Jiwa aku kini kosong tanpa meraihkan simpati darinya. Sekurang-kurangnya aku jujur dengan apa yang aku rasakan. Mungkin penyesalan ini akan kekal hingga ke hari kiamat kelak. Segala yang diperkatakan hanyalah omongan kosong yang menjadi kenangan pahit buat dirinya. Hanya dalam bentuk lisan dapat aku dombakan. Aku dipermainkan, aku hanya memaafkannya. Kini, aku berkata sesuatu hanya sekali, tapi aku dibenci olehnya hingga ke akhir zaman . Kini aku telah mula sedar akan erti hidup sebenar yang penuh suka dan duka. Aku perlu memajukan diri aku kehadapan tanpa menghiraukannya dan musuh ku yang lain . Bukan niat ku untuk membenci manusia ciptaan Allah yang sama erti dengan diri ku. Segala kekurangan aku sedar akan ketiadaannya yang penuh menusuk jiwa ku. Aku telah cuba untuk membuang dirinya dari hidupku namun segala cubaan gagal.
No comments:
Post a Comment