Saturday, April 13, 2013

Reborn


Hari ini sekali lagi perbalahan berlaku diantara aku dengan si dia. Mungkin ini sudah menjadi petanda bahawa si dia bukanlah jodoh aku yang sebenar. Mungkin aku telah melakukan kesilapan yang amat besar dalam hidup aku dengan memilih perempuan sepertinya. Pada masa itu penglihatan aku kabur sama sekali dengan apa yang terpintas di hadapan aku tanpa memikirkan apa yang baik dan apa yang buruk . Seterusnya ianya memberikan aku impak yang amat besar kepada minda aku dan seterusnya menjejaskan kesihatan aku sama sekali . Hanya Allah yang maha esa lagi maha mengetahui tentang apa yang aku lalui dan apa yang aku rasa. Peristiwa 24 Januari mungkin akan lebih mematangkan minda dan disamping mampu membuka mata aku bahawa selama ini aku hanyalah ditipu oleh seorang individu yang dinamakan perempuan .

Bukan niat aku untuk menyalahkan perempuan di sekeliling aku akan tetapi aku hanya menyedari tentang perihal perempuan itu. Mungkin telah menjadi sifat semula jadinya untuk mempermainkan semua lelaki. Mungkin itu telah menjadi sifat semula jadinya yang tanpa disedari ianya mungkin memakan diri aku sendiri. Cukup hanya beberapa kali aku ditipu. Mungkin kata-kata manisnya itu telah membuatkan hati aku lembut untuk memaafkannya dan sebenarnya aku silap. Aku sendiri tidak menegtahui siapa sebenarnya yang berada dan kekal di hati nuraninya. Segala keluhan aku bukukan dalam bentuk lisan agar dapat diperlihatkan apabila ketiadaan aku.

Pada masa yang sama , aku berasa bodoh kerana mempercayai kata-kata manis dan janji yang dijanjikan olehnya. Segala keluhan aku hanyalah sia-sia apabila cinta yang aku berikan didustakan oleh seorang perempuan yang aku hormati dan sanjungi tetapi segala helah berlaku untuk mempermainkan hati aku. Kesetiaan aku sebagai seorang lelaki mungkin telah hilang dimakan waktu atas segala perbuatannya. Segala air mata yang jatuh mengalir bagaikan air yang dicemari debu yang tidak dihiraukan oleh masyarakat yang hanya tahu menuduh tanpa mengkaji akan kekangan dan implikasi serta impaknya terhadap diri aku. Mungkin pada hari ini masyarakat akan menganggap aku bidih kerana memberikan banyak peluang kepadanya untuk berubah.

Ini mungkin berlaku kerana perbuatan diantara aku dengan dia yang menyebabkan aku susah untuk meninggalkannya. Mungkin hati ini diibaratkan seperti terikat dengan segala apa yang telah berlaku. Mungkin pada hari ini aku menangis teresak-esak atas segala apa yang berlaku dan mungkin pada keesokkannya dengan izin Allah yang maha berkuasa akan menggembirakan hati aku yang pilu ini. Allah maha mengetahui akan segala apa yang akan berlaku dan aku berserah kepada Allah atas segala ketentuan yang telah diberikan dan diaturkan kepada aku. Mungkin aku ketiadaan hak dan batil untuk memperbetulkan keadaan yang telah dipelopori oleh pihak kedua mahupun yang ketiga yang menjadi ejen pemusnah hubungan aku.

Sesungguhnya dengan nama Allah yang maha mengetahui, aku menyebelahi pihak yang benar dan aku menyokong orang yang tidak bersalah dan bukan dalang untuk menjadi musuhku sama sekali. Dan ingatlah bahawa seorang kekasih pasti akan berasa cemburu apabila kekasihnya berbaik-baik dengan kawan mahupun bekas kekasihnya, bukan tujuan untuk menghalang tapi janganlah melampaui batas, sememangnya sang lelaki ini akan berasa diri itu tercabar dan terabai oleh kekasih wanitanya. Namun hakikat ini masih tidak disedari oleh sesetengah wanita kerana bagi mereka perkara ini hanyalah perkara kecil dan sebenarnya perkara ini merupakan isu yang sangat besar.

Jodoh hanyalah ketentuan ilahi yang menjadi rahsia kepada semua manusia, kini aku mula sedar akan kehadiran dan ketiadaan jodoh dan baru aku mula faham akan maksud jodoh ditangan tuhan. Aku redha dengan setiap apa diperkatakan dan keputusan yang telah diputuskan. Alhamdulillah, kalau ada jodoh, adalah dan kalau ketiadaan jodoh, tiadalah. Mungkin selama 79 hari aku dilukai , akhirnya aku sedar akan perihal yang sebenar. Allah maha adil, sekali lagi dia telah membuka mata aku siapa diri perempuan itu yang sebenar. Hati aku mungkin buta dan kabur dengan segala penipuan yang berlaku. Aku telah ditipu dengan kejamnya. Pada hari ini aku akan putuskan segalanya. Hari ini Allah telah memberikan aku kebebasan yang sebenar.

Mungkin pada dahulunya aku menangis kerana takut kehilangan si dia namun segalanya berubah apabila aku mula mempelajari akan segala perihal yang sebenar yang telah berlaku. Suatu hari nanti pasti roda pusingan karma akan berputar dan si dia akan merasakan sakit atas kehilangan orang yang paling dicintai. Sifatnya samalah seperti menanam tebu ditepi bibir kerana menyatakan cinta akan diri ku tetapi pada masa yang sama seronok dan leka melayan lelaki lain . Hampir setiap hari bermesra bersama didalam kelas sepertimana yang diperkatakan oleh mereka dan dibuktikan dihadapan mata aku. Setiap hari pasti aku dapat melihat perkara mungkar yang telah dilakukan dibelakang aku.

Mungkin pada mulanya aku tidak tahu akan perihal yang sebenar namun lama kelamaan segala rahsia kian terbongkar dibongkari oleh si dia sendiri. Segala janji didalam perjanjian tidak dikotakan. Mungkin aku berasa marah apabila janji aku dikhianati. Aku boleh memberi kebebasan kepadanya kerna aku langsung tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang perhubungannya. Jika dibandingkan dengan orang lain, memanglah boleh jika berkawan dengan lelaki lain tetapi mereka langsung tidak melebihi batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan kebenarannya. Mungkin pada masa ini aku dapat mendiamkan diri apabila diri ini digelar anjing dan sebagainya. Sabar sahajalah dapat aku nyatakan . Hanya tangisan tidak berair mata dapat aku gambarkan. Air mata aku habis kering disebabkan olehnya. Namun, aku langsung diabaikan dan tidak dihiraukan.

Mungkin ini telah menjadi nasib yang dikandung badan ini. Segalanya aku berserah kepada Allah yang maha mendengar lagi maha melihat akan kebenaran yang sebenar. Pengkhianat cinta mungkin sesuai diberikan kepada si dia yang langsung tidak pernah menghargai cinta yang telah diberikan oleh aku. Segalanya aku diamkan demi menjaga maruah nama yang telah dicmari dengan segala cerita dan fitnah. Aku tidak mahu menyimpan segala dendam sesama manusia. Allah maha adil dan keadilan pasti akan tiba.  Mungkin pada awalnya aku akan dianggap bodoh dan buat teruk kerana mengongkongnya tetapi siapa yang faham akan apa yang aku rasakan.

Mungkin segala permintaan dapat aku tunaikan tetapi lama-kelamaan bagaimana, mungkin hati aku berasa kosong sama sekali. Rupa paras bukan pemangkin untuk kita berbangga diri dengan apa yang kita ada. Mungkin primadonna lebih hebat akan tetapi hati yang ikhlas mungkin segalanya. Keikhlasan hati ini janganlah sesekali mengetepikannya dengan membuat segala helah dan cerita tentang orang yang tidak bersalah kerana balasan dari Allah akan tiba walaubagaimanapun. Mungkin sekarang ini jiwa aku telah kosong dengan segala penipuan dan helah yang telah dilakukan dan mengambil masa yang lama untuk aku melupakan segala prihal yang telah berlaku. Mungkin aku perlu menghadap kehadapan tanpa berpaling ke belakang demi membuktikan aku kuat dan mampu bertahan dengan segalanya.

Jiwa dan minda aku kosong tanpa memikirkan apa yang dimaksudkan dengan cinta. Mungkin aku perlu cinta kepada ilahi dahulu barulah aku buktikan cinta aku kepada si hawa. Aku pasrah dengan apa yang telah berlaku dan aku redha dan pasti akan kebenaran Allah yang maha esa. Kebelakangan ini aku berasa sakit sangat dibahagian kepala dan rusuk ku. Mungkin telah tiba ajalku untuk bertemu ilahi dan pemergianku tanpa dapat aku mencapai usia dewasa yang aku impikan. Segalanya mati terkabus dengan penderitaan yang aku rasakan apabila dikhianati.

Segala penyesalan tiada berguna dalam hidup aku. Kekosongan hati aku sudah dicabar dengan segala perbuatannya. Ini akibat daripada apa yang pernah aku lakukan. Maafkan aku, waktu yang berjalan semestinya tidak dapat dikembalikan dan diundurkan walaupun telah dibuktikan dengan kajian saintifik para pengkaji fizik. Namun segalanya mustahil dengan ketiadaan theory bukti kewujudannyta. Patah harapan aku segalanya, sekali lagi membuatkan aku sakit tanpa disedari ianya boleh mematikan aku . Terima Kasih Allah kerana telah membukakan mata aku dengan segala kebenaran yang telah diberikan olehmu.

Sesungguhnya engkaulah segalanya dan kepada engkaulah aku bersujud dan mensyukuri segala nikmat kurnia yang telah diberikan . Aku redha dan berserah dengan ketentuan mu sekarang tentang prihal yang telah berlaku . Aku merasakan hati aku hancur dan mati dihempas tamparan dan pengkhianatannya . Thank You Allah Al Rahman Al Rahim :)

No comments:

Post a Comment