Thursday, April 11, 2013

Permulaan yang baru , someone else's fault

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh .

Maaf , mungkin aku ni teruk di mata manusia tapi hanya kepada Allah aku berserah segalanya dan hanya Allah yang maha mengetahui segalanya . Mungkin sekali lagi musibah telah datang menimpa diriku dan segalanya ku serahkan kepada Allah yang maha Agung



 Hari ini telah tiba permulaan yang baru dalam hidup ku mungkin sebelum ini aku leka dibuai mimpi indah tentang duniawi dan melupakan tentang akhirat . Patutkah aku melepaskan segalanya yang telah berlalu ? Patutkah aku membuang segala sifat baran dan ego ini ? Mungkin sifat diri aku sudah dilatih sebegini yang sentiasa bertindak seperti tentera iaitu tegas , tepati masa , benci akan pengkhianatan , dan sebagainya 
Mungkin Allah ingin menguji aku dan sampai mana aku mampu bertahan . Ternyata aku tewas juga dengan ujian Allah . Hampir setiap hari aku menangis dengan ujian yang diberikan oleh Allah . Memang setiap kali percintaan ini , pasti akan ada perasaan iri hati dan sakit hati . Secara terang-terangan telah dibuktikan . Setiap kali pertengkaran yang berlaku pasti berpunca daripada orang ketiga yang menjadi dalang utama ditambah pula dengan sifat tegas aku ini . 
Segala kemungkinan pasti akan berlaku dan ianya sememangnya benar sama sekali . Roda karma akan berputar dengan sendirinya tanpa dijankakan oleh kita . Sekali kita mengkhianati orang sudah pasti diri kita akan terkena balik segala tempias yang pernah kita lakukan .  Allah maha mengetahui , mengadulah padanya jika ada sebarang masalah , sedih , iri hati , perasaan cemburu , marah dan sebagainya . Sudah menjadi lumrah manusia benci apabila dikhianati dan kalau aku dikhianati memanglah aku akan kongkong orang tu sampailah aku percaya dia balik . Apabila kepercayaan aku nak timbul semula , muncul pula orang ketiga yang masih lagi menjadi penghalang dan sekarang ni aku abaikan segalanya 
Kini ayuh kita berfikiran matang dan memaafkan segalanya . Mulakan segalanya yang baru dan lupakan benda yang dah berlalu , insyallah kita akan berasa tenang . Dengan ini kejayaan pasti akan berada dekat dengan kita . 

No comments:

Post a Comment