|
|
Hey Assalamualaikum , nampak result atas tu ? Isn't beautiful ? Semua A+ , mestilah korang semua nak result macam ni jugakan , yeah , kita kena terus berusaha untuk capai segala kejayaan diiringi dengan doa . Tujuan aku updated ni bukanlah untuk meninggikan hidung aku tetapi sebagai perangsang untuk korang terus berusaha dan capai kejayaan . Sebab aku pun pernah temui banyak kegagalan sebelum ni . Memang aku suka physics sangat-sangat , tapi pernah korang tahu tak aku pernah gagal physics ? yeah , aku pernah gagal sekali , aku scored 39% je , lepas tu aku menangis dan menangis , lama juga aku nangis , lepas tu aku mula fikir , sampai bila aku nak nangis , so start pada tu aku pegang buku physics and baca whole book . Bukan aku nak tunjuk belang tapi buku terbaik untuk physics ialah buku spotlight yang diterbitkan oleh PanAsia , lepas aku gagal exam tu , exam yang seterusnya aku terus scored A for physics , Alhamdulillah , so kata kuncinya ialah segala kejayaan datang dari minda dan Allah
Buang segala ketakutan , setiap apa yang dikurniakan Allah mestilah dicipta dengan sempurnanya kerana Allah maha mengetahui dan bijaksana . Aku teringat time dulu first time aku naik flight ke Kuala Lumpur , wow , memang gayat , tapi lama-lama lepas kita melaluinya kita akan berasa biasa . Macam tu jugalah apabila kita tempuhi subject physics, Chemistry , Additional Mathematics , kita mesti fuck (fokus untuk capai kejayaan ) maaf , jangan berfikiran negative di sini . Sememangnya aku major dalam bidang Additional Mathematics dan aku sanggup bantu kawan-kawan aku yang dalam masalah , carilah aku kalau ada peluang insyallah aku boleh ajar :)
Rapatkan jurang pertalian diantara saudara atau adik beradik yang lain . Belajarlah dari mereka yang lebih matang dari kita kerana asam garam kehidupan mereka yang laluinya dahulu . Aku belajar dari kakak aku tentang bab berkaitan bahasa sebab dia pakar dan bahasa melayu dan Inggeris . Mana taknya , bahasa melayu dan English dua-dua A+ spm --' So aku belajar dari dia . Hormati saudara kita sepertimana mereka menghormati kita
Hormati kedua ibubapa kita untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat kelak , insyallah . Insan termulia ialah ibu dan diikuti oleh bapa . Hadis Rasullah berbunyi " apabila bertanya seorang sahabat kepada baginda siapakah yang patut dia hormati dan baginda menjawab ibumu , ditanya kembali selepas itu dan dijawab juga ibumu , ditanyakan kembali kepada baginda siapakah lagi , lalu baginda menjawab ibumu dan kemudian siapakah lagi , bapamu ." Nampak bertapa mulianya martabat ibu kita . Ya Allah , 9 bulan ibu kita mengandungkan kita , 9 bulan ibu kita sakit , 12 jam ibu kita sengsara nak keluarkan kita , hampir seliter darah ibu kita hilang , beribu urat ibu kita putus , wahh , susah kita nak respect ibu kita ? Apa mak kita minta ? BELAJAR jadi insan berguna , tu ja ! susah ke wahai remaja zaman sekarang ? Apabila matinya ibu kita maka terputuslah doa seorang ibu yang mulia , hargai mak korang selagi mana mereka masih wujud . Aku muliakan ibu aku cuma aku seorang yang tegas , terus terang aku kata aku hormati ibu aku cuma cara aku macam tentera , semua mesti tepat .
Hormati budaya sekeliling . Seharusnya kita bermusafir untuk melihat negara orang mahupun budaya orang . Setibanya aku diufuk negara komunis ni , aku dah dapat pelajari tentang kekasaran budaya mereka yang amat dibenci oleh seluruh lapisan dunia . Doa yang dimakbulkan oleh Allah ialah doa orang bermusafir dengan syarat perjalanan bukan bertujuan untuk melakukan maksiat . Tak salah kita memasuki dan mempelajari budaya lain asalkan ianya tak bercanggah dengan syariat islam dan menepati syarat keimanan kita di samping ia boleh membuatkan minda kita mendapat pelajaran yang baru
Cipta hubungan persahabatan yang baik tanpa menggira bangsa dan agama and with us now is Nancy , our friend from Republic or China and she speak Bahasa Indonesia fluently . Apabila keluarga aku tak boleh berkomunikasi dengan dia , akulah kena jadi jurubahasa indonesia pula. Well aku ada belajar kesusasteraan indonesia sedikit dahulu . Sebab itu aku bisa ngomong indonnya begini .
Mencuba segalanya tanpa berasa takut . Kalau kita tak mencuba sampai bila pun kita takkan berjaya . Macam tu jugalah dengan segala mata pelajaran yang susah . Kita harus cuba dan terus mencuba agar kita mahir dan pakar dalam bidang tersebut .
Tenangkan diri tanpa berasa gelisah . Yaa , kalau sentiasa study pun boleh mengundang stress tanpa kita sedari boleh menbuatkan diri kita tertekan . Seeloknya , kita buat macam ni , study 5 hours then rest , lepas tu study balik 3 hours , then terus tidur . Ni rahsia aku , sehari aku study 8 jam , memang aku boleh whatsapp kawan-kawan aku , aku boleh online facebook tapi siapa tahu aku tengah buat apa time tu , memang dah jadi kebiasaan aku macam tu sejak form 3 . selalunya aku balik sekolah pukul 4 petang , then aku akan study pada pukul 5 sampai 1 pagi , lepas tu baru tidur . Kalau nak dekat peperiksaan , aku tak tido malam :)
Sentiasa tenang dan senyum walau ditimpa masalah . Aku sentiasa tenang walaupun aku sedih cuma kalau aku tak tahan memang aku nangis . Selalunya aku nangis sorang tapi adalah beberapa kawan-kawan baik aku pernah nampak aku menangis . Ingat aku happy ni aku tak ada masalah ? aku ada juga cuma aku pendam dan aku suka balas balik :(
Hilangkan stress . Dengan menconteng kita boleh meredakan kemarahan kita walaupun dalam hadis tidak menyatakan . Nabi bersabda apabila marah maka kita bangunlah jika kita sedang duduk dan duduklah jika kita sedang berdiri . Jika tidak berkesan , pergilah berwuduk .
Rapatkan hubungan antara sahabat-sahabat disekeliling kita . Sahabat kita kadangkala boleh menenangkan kita ketika kita marah dan sedih , that's friends meant to be :) Mungkin ada rahsia yang tak boleh dikongsi bersama keluarga dan boleh dikongsi bersama rakan , dengan ini jiwa kita akan rasa tenang . Kita juga boleh berkongsi ilmu bersama mereka sebab cara nak buat kita kuat ingatan ialah berkongsi ilmu . Abu Hurairah R.A. menjadi perawi hadis berkat doa rasulullah S.A.W. Oleh itu , kita jangan kedekut , kongsi dan bantulah selagi mana kita mampu
Akhirnya kita akan mencapai kejayaan berkat usaha , kesabaran , doa , tawakal kita kepada allah , disiplin diri , segalanya kita serahkan kepada Allah yang maha kaya dan maha segalanya .
Akhir sekali aku ingin mengucapkan semoga berjaya :) Terima kasih