Monday, July 2, 2012

Walahuallam , only God knows


Hey peps and Assalamualaikum . Today just saja je nak buat article about kiamat . Well, as you all can see ,  banyak dah tanda-tanda nak kiamat .  Bertaubatlah sebelum pintu taubat tertutup .
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Rabb-mu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam Surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang beriman yang bersamanya, sedangkan cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan, ‘Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu. [At-Tahrim : 8] 

Fakta 1-
Hadis
1. "Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan berlaku   2 Gerhana berturut-turut pada bulan Ramadhan.." (Ibn Hajar Al haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al mahdi Al Muntazar)
Hadis 2. "Akan ada dua gerhana matahari di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al Mahdi." (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)  
Hadis 3. "Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang, bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan." (Diriwayatkan oleh by Abu Nu'aym dalam al-Fitan)

Hadis 4. "Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan
 dan gerhana bulan di akhirnya." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37)
Berikut adalah peristiwa dua gerhana yg pernah direkodkan di bulan Ramadan 

Ramadhan 1981
 
1.       1st Ramadhan – 2nd July Thurs
2.       Lunar Eclipse à16nd Ramadhan (July 17nd Fri)
3.       Solar Eclipse à 30nd Ramadhan (July 31st Fri) 

Ramadhan 1982
 
1.       1st  Ramadhan (22nd June Tues)
2.       Solar Eclipse à 30nd Sa’aban (June 21st Mon)
3.       Lunar Eclipse à 15nd Ramadhan (July 6th Tues) Ramadhan 2005 
1.  1st Ramadhan – 05rd Oct Thur
2.  Solar Eclipse Oct 03st Mon (29 Sa’aban)
3.  Lunar Eclipse Oct 17th Mon (13 Ramadhan) - 
         Berdasarkan  Hadis 1 dan 4…. Gerhana pada Ramadhan 1981 lebih bertepatan dgn maksud.  Dan jika hadis tersebut dimaksudkan dgn kelahiran Al Mahdi… maka adakah 1981 tahun kelahiran beliau? Dikhabarkan zahirnya beliau ketika berusia 40 tahun..maka tahun zahirnya Al Mahdi pada 2021(40+1981)..wallahualam. 

Fakta 2 – Hadis
 

Sebuah hadith dari An Nuwas bin Sam’an menyebut:

Kami bertanya:”wahai Rasulullah,berapa lamakah tinggalnya Dajjal dimuka bumi ini?”. Baginda menjawab:” Empat puluh hari, (dimana) satu hari diwaktu itu menyamai setahun, satu hari seperti sebulan, sehari sebagaimana satu Jumaat, semua hari (waktu itu) sama dengan hari-harimu (sekarang ini)” Kami bertanya lagi:”Wahai Rasulullah, sehari yang menyamai setahun itu adakah cukup solat dengan sekali saja dalam sehari?” Baginda menjawab:”Tidak, hendaklah kamu perkirakan (solat itu) untuk satu hari itu sesuai dengan ketentuannya yang berlaku 

Jika di nisbahkan hari pertama seperti setahun bersamaan dgn 1000 tahun, maka sebulan bersamaan dgn 83tahun, seminggu bersamaan dgn 21 tahun.
Dajjal disabitkan dgn usahanya menghancurkan Islam. Samaada Dajjal sebenar, Dajjal palsu, pengikutnya, sistemnya, falsafahnya…semua ini dikategorikan sebagai Dajjal. 
Tahun pertama(~1000tahun) 900-1924masehi.
Kedatangan Dajjal  tahun pertama  dapat dinisbahkan kpd MISI Dajjal menghancurkan pemerintahan khalifah.  Andalusia hingga ke Othmaniah. 
Tahun kedua (~83 tahun) 1924-1999masehi.  Dunia diperintah dari USA melalui PBB dgn penerapan sistem baru kehidupan menggantikan sistem Islam di bidang Politik/Sosial/Pendidikan/Ekonomi. 
Tahun ketiga (~21tahun) 1999-2020masehi – Pemerintahan dunia diperintah dari Israel  dgn menggunakan USA sebagai proksinya.  (Bush istiharkan New World Order pada 1999) 
Tahun keempat 2020 masehi (1999 +21) – 2020 adalah tahun zahirnya Dajjal.
Tahun zahirnya Dajjal lebih kurang tahun zahirnya AlMahdi. Fakta 2 hadis diatas MASIH mensasarkan kedatangan 2 manusia akhir zaman ini pada 2020-2021 ?... wallahualam  

FAKTA 3 – Hadis
 

Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].

Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas.  Sabda Rasululullah SAW; “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”,(Rasulullah diam dan kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kami..??”, beliau SAW kemudian menjawab : “Dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!” (Sahih Al Bukhari)
 

Kerajaan Arab Saudi secara rasminya di tubuhkan pada 1932.

Khalifah2nya adalah seperti berikut :
 
1932-1953 : Abd Aziz as-Saud
1953-1964 : Saud ibn Abdul-Aziz Al Saud
1964-1975: Faisal bin Abdul-Aziz Al Saud1975-1982 : Khalid bin Abdul Aziz
1982-2005 : Fahd Bin Abdul Aziz
2005-now : Abdullah bin Abdul-Aziz Al Saud 

Perebutan takhta khalifah dikhabarkan akan berlaku selepas pemerintahan Raja Abdullah. Beliau adalah Raja Saudi tertua (81thn-2005) yg pernah dilantik dilaporkan gering. 
Raja Arab Saudi menyerahkan tugasnya kepada Wakil Perdana Menteri Nayef bin Abdul Aziz yang juga Menteri Dalam Negeri Arab Saudi.Bilik Berita Alborz mengutip laporan Islam Times melaporkan kematian Raja Abdullah bin Abdul Aziz. Berdasarkan laporan tersebut, Raja Abdullah beristirahat di Maroko. Saat itu, keadaan Raja Abdullah sakit berat dan meninggal dunia setelah terkena serangan jantung. (IRIB/Farsnews/AR)
World Tribune menulis, sumber-sumber oposisi negara ini menyebutkan bahawa Raja Abdullah meninggal dunia di salah satu rumahnya di Maroko. Sementara itu, Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Saud al-Faisal, pada hari itu juga, menyebutkan bahawa Raja Arab Saudi berada dalam keadaan baik.
Berita tentang Raja Abdullah penuh konspirasi dan kebenarannya. Mengapa ? 
Disenario yg lain pula, setelah kematian Raja Abd Aziz..perebutan takhta telah pun berlaku diantara Raja Saud dan Raja Faisal sehingga membawa kepada terusirnya Raja Saud ke Greece dan Raja Faizal di tembak mati diakhir pemerintahannya dan menyaksikan Raja Khalid menaikki takhta. Setelah kematian Raja Khalid akibat sakit, yg kemudiannya diganti oleh Raja FAHD. Pada 1982 menyaksikan huru-hara yg berlaku di Masjidil Haram yg menelan korban 200 org. Kerajaan Saudi ketika itu menerima tekanan yg kuat drp Negara Islam lain diseluruh dunia. Raja FAHD dilihat akrab dgn USA(peperangan Kuwait/Iraq) dan ISRAEL(perjanjian Camp David).

 
Adakah perebutan kuasa itu disabitkan selepas  kematian Raja Abdullah ataupun Raja Abd Aziz ? Jika perebutan kuasa itu bersabit selepas kematian Raja Abd Aziz dan  berlakunya huru hara di bumi Mekah pada 1982 sepertimana dimaksudkan hadis, maka, tahun 1981 atau 1982 lebih tepat menjurus kpd kelahiran Al Mahdi… 

Dikhabarkan Al Mahdi  muncul diusia 40 tahun maka 2021 adalah tarikh kemunculan zahirnya----wallahualam

In fact ,  Hanya Allah yang maha Mengetahui segalanya .  Aku just menulis based on pengetahuan aku and ada laa sedikit sumber-sumber dari buku .

Fakhola Rasulullah s.a.w. : 
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.  
~ Wallahulam~

1 comment: