Friday, July 13, 2012

Tiga hari dua malam , Kem Bina Negara Kulim :)

 Snap gambaq sebelum pergi dewan ceramah
 Adapted from facebook Cikgu Khorwi .  Ni muka-muka group 1
Dari belakang : Aiman , aku , Ali , Zorro , Iz
Depan : Amylia , Wawa , Shuhada , Yaya , Aishah , Nonie , Alif 
 Candid laa sangat , haha , ni time kira tentang perbelanjaan sekolah dari form 1 sampai sekarang 
 Muka tak cukup tidoq, terseksa duduk dalam kem tu tapi seronok
Candid pic yang yaya snap ,  time ni kasut aku kena lumpoq ,  dok cuci dengan daun kering, haha

Hey Assalamualaikum and hello and good morning and ni how ma and vanekaam

Hari rabu haritu, aku pergi kem dekat Biro Tatanegara Kulim or as known as Kem Bina Negara Kulim .  Duduk dekat situ memang best , macam-macam kami buat .  Tapi dah jadi macam tersesat dekat kem tentera dah  .  Jurulatih tegas sangat  :)  tapi jurulatih best . Hari-hari mesti kawat , lepas tu mula laa jurulatih dok marah-marah tapi lepas tu dia gelak --'    .    From 11 July sampai 13 Julai  .  Dorm aku nama Tun Abdul Rahman Limbong ,  memang betul-betul sebelah dorm perempuan .  Tapi ada zinc tinggi punya halang permandangan , hahahha.  Members kem ni :  SMK Mengkuang , SMK Seberang Jaya and SMK Taman Inderawasih

Day one :  Hari ni hari rabu , aku and gang-gang aku pergi sekolah macam biasa dulu .  Then , masuk kelas macam biasa . Hari rabu Kokurikulum ,  so ,  memang dah takdir ,  pagi tu hujan . Sebab tu,  silat duduk dalam kelas ja . Then , activity kami main goreng pisang 0_0  .  Boys lawan dengan girls  .  Bila boys kalah macam-macam girls bagi hukuman pumping laa and etc  .  Then, after habis waktu kokurikulum ,  balik kelas belajar seperti biasa . Sempat la sat aku belajar Sejarah and English .  Pukul 11 macam tu balik rumah , kemas-kemas bag and siap apa yang patut .  Pukul 12.30 pergi sekolah balik .  Janji bas nak datang pukul 1 last-last bas datang pukul 2 --'   .  Bertolak laa kami pergi SMK TI ( Taman Inderawasih ) . Sekolah tu naik bas sekali dengan sekolah aku . Mula-mula depa naik budak sekolah aku semua senyap jaaa, tapi time balik dah lain .  Aku kenal budak sekolah tu  salah sorangnya Iz budak group aku .  Around 3 something ,  sampai dah kem tu .  Tempat memang strategic . Masuk-masuk lalu depan jerat cina .  Bas masuk sikit jaa lebih kurang 300 meter, sampai tempat camp tu .  Masuk-masuk terus pendaftaran .  Jurulatih sumpah aku cakap, aku takut dengan depa .  Jerit sebijik macam askar  ( sebab dulu depa askar kot , cikgu aku cakap la )  .  Masuk-masuk depa tanya " dah solat ke belum? "  Kami kena lari pergi surau and solat .  Zohor time tu and aku jadi imam .  Time taklimat pendaftaran tu kami tulis laa nak dorm mana,  apa activity yang akan kami buat , apa peraturan ,  and so on .  Kami makan malam pukul 6.30 dekat camp tu  . Makan memang best , 6 kali sehari  .   After habis taklimat ,  kami balik dorm sebab nak kemas-kemas semua .  Then petang tu , kami pergi canteen sebab nak makan .  Dekat situ semua straight and berdisiplin  .  Before makan,  kena tunggu semua sampai dulu . Then kena pakai kasut no slipper nor flipper , haha.  Before makan kena baca doa and ketua bahagian makan kena sebut " kawan-kawan mari makan " and kami kena balas "terima kasih " sambil dok bye bye kat makanan tu .  After that semua pergi bilik mandi sebab nak mandi . Kolah memang  besaq .  Okay , nak tahu kami buat apa dalam bilik mandi tu ?  Kami main ayaq dengan lawan buli orang dengan ayaq .  Bila budak-budak Seberang Jaya mai ,  budak Inderawasih tak berani nak mai .  Memang best la main ayaq sampai banjir lantai bilik mandi tu .  Kalau kantoi dengan jurulatih , habis laa kami  .  Main laa ayaq dari pukul 6 sampai 7 lebih .  Siap-siap then pergi surau sebab nak solat maghrib .  Aku dengan budak sekolah aku semua lengkap berbaju melayu and berkain pelekat  .  After that ada tazkirah dari ustaz Jaafar Samak  . Ustaz the best , ceramah best .   Dia sanggup bagi hadiah rm100 kalau kami semua dapat jawab soalan dia " bagi tiga kebaikan rokok "    jawab lekaih  ,  kalau ada jawapan aku pun sanggup bagi  . Kami duduk situ sampai isya'  then terus balik dorm sebab nak bersiap-bersiap nak pergi dengar ceramah 1 oleh Cikgu Zainuddin ( bekas guru sekolah aku and now dia mengajar dekat SMK Mengkuang )  .  Habis-habis jaa ceramah dia , terus pergi minum malam . Pinggan and cawan semua kena cuci sendiri , kalau tak cuci akan dapat habuan nanti .  Kami kena balik dorm before 12 sebab arahan kena tutup lampu .  So, pukul 12 tu tutup laa lampu tapi kami tak tutup mata lagi .  Dok main dalam dorm .  Firdaus and Mike main scrabble .  Shahrul gayut kat tempat sidai kain , memang tempat tu jaa dapat coverage line untuk maxis .   Tu pun satu bar .  Aku , Ismi, kerol, Haziq, Amirul , Ali , Din duduk dalam dorm dok sembang .  Dapat katil dua tingkat .  So, tiga katil tu kami rapatkan  .  Then tujuh orang kami duduk kat tingkat atas katil bersembang .  Bersembang macam-macam laa .  Pukul 1.30 ,  kami lari keluaq sat , ronda-ronda . Ramai budak laki tak tidoq lagi and girls pun tak tidoq lagi .   Pukul 2 semua lari masuk dorm ,  tapi jurulatih memang tak dak buat rondaan .  Pukul 2 lari masuk dorm kami tak tidoq lagi . Yang dah tidoq Ismi, Shahrul , Firdaus and Mike .  Kami lagi 6 orang duduk atas katil tingkat atas then bersembang pasal kenangan manis laa, pahit laa, pendapat pasal kem tu and macam-macam .  Around 3 macam tu baru laa aku tidoq ,  tiga katil kat bawah tu aku dengan kerol jaa tidoq , memang luas laa .  Sebelum tidoq siap kareoke lagi

Day two :  Haziq bangun pukul 4.30 and kejut semua orang .  Din , Amirul , Kerol , Ali tak bangun lagi . Firdaus p bilik mandi ambik ayaq ,  memang kena renjis dah laa .   Dah laa keliling bukit ladang kelapa sawit , sejuk gilaa . Well, kem ni ajar untuk berdikari , kalau duduk dekat rumah sah-sah dah pukul 11 or 12 baru bangun . kn ? haha . Kul 5 semua pergi bilik mandi main ayaq dulu, :)   .   Around 5.30 semua lari masuk dorm tukaq baju sebab sirent dh bunyi .  Takdak nak pakai kain pagi tu sebab sejuk gilaa.  Duduk laa dekat surau tu solat subuh and dengar tazkirah sampai pukul 6.45 . After that , kena balik dorm and tukaq pakaian sukan . Hari ni kena kawat --'   .   Duduk dekat depan bendera tu kena jadi askar jaa . Jurulatih hari ni En. Jalaludin bin Abdullah . Best dia ajaq kawat sebab dalam tegas-tegas dia ada lawak jugak .  Kawat laa kami semua and nyanyi lagu negaraku until kul 7.30 . Then ,  pergi breakfast , mee goreng .  Lepas tu balik dorm p mandi sat . Main ayaq lagi , hahaha .  kul 8.30 kena pergi dewan sebab program ice breaking .  Dalam tu macam-macam activity dok ada .  Just perlukan satu benda jaa "focus"  .  Macam ayat aku buat laa "FUCK"  "Fokus Untuk Capai Kejayaan"  .  Fasilitator semuanya best .  Last sekali bahagikan group . Aku masuk group 1 and fasi aku En.Abdul Khorwi Puteh .  Dia best gilaa, kaki sakat orang .  Dia cakap apa semua dia betul , kami semua salah  :D haha . Antara benda dia cakap " nak jadi ahli USM atau pelajar USM "  sapa pilih ahli tu memang keja mulia laa sebab USM " Unit Sembahyang Mayat "  . " Sebelum turun bus kena buat apa ? "  Mesti laa kena naik dulu, kalau tak macam mana nak turun . Apa beza ayat "Lu banggali " dengan    " Lubang gali" . hahaha . "phd"  Pandai Habis Darjah , nampak dekat ayah aku habis laa sebab dia phd .  "Demokrasi" Dimahukerasi . Macam-macam lagi laa yang dia dok cerita , best . 1+1 bersamaan berapa ? Jawapannya tingkap . Nak tahu jawapan ? pandai-pandai laa cari aku dekat facebook or twitter . Pukul 1 kami semua pergi makan , tapi ni makan dalam group pulak .  Nasib baik Ali dalam group aku , at least tak segan laa aku . Then semua style makan cepat-cepat  . Lepas tu , lari masuk dorm sebab nak tidoq , haha .  Kui 2 lari masuk bilik amndi main ayaq lagi . Perang ayaq laa katakan . Kui 2.15 baru aku lari pergi surau solat Zohor .   Kui 2 kena masuk bilik PKPK dah . PKPK means Penjanaan Keilmuan Peningkatan Kesedaran . Duduk laa sembang dalam bilik PKPK tu sampai kul 4.30 . Then minum petang . Aishah kena buli dengan Ali and aku , kena cuci cawan , haha , sebab kami dua nak balik dorm nak tidoq .   Last-last tak tidoq pun .  Firdaus and mike dok main scrabble ,  aku duduk atas almari baju dok baca buku Physics . Then jurulatih mai, kantoi laa, haha .  Nasib baik dia buat lawak jaa " patut laa almari dekat kem ni selalu rosak ,  dapat budak macam hampa la sambil dok gelak "  .  Terus lari pergi tempat depan bendera .  Kawat lagi time ni . Ni extreme  punya kawat sampai kulit aku terbakaq . Tapi terbakaq tang hidung jaa --' Jurulatih kawat kali ni En. Md Najib bin Hj. Sham .  Dia mula-mula serious but lama-lama timbul laa lawak dia , haha . 

No comments:

Post a Comment