Hey assalamualaikum , today aku nak share karangan yang aku tulis dekat cikgu aku and aku dapat A+ dalam karangan ni . Hadiah terakhir laa for my teacher sebab lepas ni dia pergi sekolah lain kot .
Punca Pembuangan bayi [ karangan panjang ]
Pada zaman pascakemerdekaan ini , masyarakat dunia lebih mementingkan urusan pekerjaan berbanding dengan urusan berkaitan kekeluargaan . Hal ini wujud kerana mereka lebih mementingkan wang daripada keluarga. Hal ini samalah diibaratkan seperti "yang dikejar tak dapat , yang dikendong keciciran".
Tambahan pula, didalam kontek yang berkaitan dengan Islam, hanya terdapat tiga perkara yang akan dituntut selepas mati iaitu sedekah amal jariah, doa anak yang soleh dan pegangan tauhid yang betul.Oleh itu, ibu bapa perlulah memberi tumpuan dan didikan yang mencukupi terhadap anak-anak mereka supaya mereka dapat menjadi anak yang soleh . Namun, perkara tersebut boleh dikatakan hanyalah berlaku separuh sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia pada zaman sekarang . Pihak yang terlibat seperti Kementerian Keluarga dan Masyarakat hendaklah menganjurkan program seperti bimbingan dan kaunseling kepada masyarakat supaya gejala sosial seperti pembuangan bayi dapat diellak bagi menjamin kebahagian, keamanan dan keharmonian masyarakat setempat . Justeru , setiap agama seperti agama Kristian , agama Buddha dan agama Hindu sudah pasti menekankan tentang unsur kekeluargaan seperti yang tertera didalam kitab Bible , kitab Veda , kitab Ramasakti dan kitab Tripitaka . Sebagai rakyat Malaysia yang menggutamakan keharmonian, kita perlulah menghormati budaya dan agama bangsa dan kaum lain demi menjaga kesinambungan hidup bermasyarakat dan keharmonian kaum . Maka, dengan ini, barulah konsep "satu Malaysia" dapat diwujudkan dan kemajuan negara akan tercapai dan ini akan diteruskan dengan prasarana yang telah dirancang oleh Perdana Menteri iaitu mencapai Wawasan 2020 . Demi mencapai wawasan tersebut, kita mestilah membendung segala gejala negatif seperti kes pembuangan bayi. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak punca berlakunya kes pembuangan bayi pada zaman sekarang.
Antaranya ialah tidak diberi tumpuan yang sepenuhnya oleh ibu bapa di rumah . Seharusnya, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dan memantau segala gerak geri anak-anak mereka sama ada di rumah mahupun di mana-mana sahaja mereka berada. Hal ini juga boleh dikaitkan dengan segala urusan ibu bapa. Ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan sendiri sehingga mengakibatkan anak-anak mereka terabai dan boleh menyebabkan gejala sosial seperti kes pembuangan bayi berlaku secara berleluasa. Selain itu, ibu bapa di rumah lebih menekankan budaya barat berbanding dengan budaya Melayu yang telah diamalkan sejak dahulunya lagi oleh nenek moyang kita. Namun, hal ini hanyalah dipandang ringan oleh masyarakat kita terutamanya golongan yang lebih menumpukan perkara berkaitan duniawi berbanding dengan akhiratwi. Hal ini samalah diibaratkan seperti "melepaskan batuk di tangga ". Tambahan pula, terlalu ramai ibu bapa pada zaman ini mengajar anak-anak mereka tentang perkara yang salah dan melakukan perkara yang melampaui batas syarak . Seperti yang kita tahu, perkara ini samalah seperti " ketam mengajar anaknya berjalan".
To be continue , tak larat nak menulis

No comments:
Post a Comment