Sunday, November 13, 2011

A few days without a news

Asalammualaikum & Hey !

Dah seminggu aku tak update blog, rindu aku dak?? haha . Hari mood aku swing sikit tapi tak pa, aku nak update juga blog aku ni . Hampa bukan rindu aku pun =,=' . Kebelakangan ni aku sibuk sikit dengan study & kerja . Aku buat part time dekat GSC SSJ . So, memang busy la . Aku cuma cuti hari Selasa . Hari lain semua kerja . Aku start from 10 a.m. until 2 a.m. Pada mulanya, ingat senang la kerja Concessions ni , tapi bila dah masuk, memang susah nak mampus . Tapi, aku hari-hari kenyang dengan pop corn sampai dah jemu . If kerja Concessions ni, semua boleh makan , for free kecuali 1901 tu .

Sebenarnya, aku nak ringkaskan je. If rajin tu bace la . Alaaa, 500++ patah perkataan je pun . Tak ada banyak mana pun :P . Sepanjang aku kerja, macam-macam orang aku dah jumpa & macam-macam perangai ada . Aku secara tak sengaja minta kerja ni . Time tu cuti Deepavali , aku pergi la sunway dengan kakak aku . Dia balik cuti . Then, jumpa Azril . Aku main-main je la cakap "ade kerja kosong tak?" . Lepas tu dia terus ambil borang =,=' . Azril tu P.I.C bahagian Steward . P.I.C tu pangkat dia bawah sikit dari supervisor . Nasib baik P.I.C bahagian Concessions semua sporting-sporting belaka . Day first pergi memang la tak cakap banyak , still garang-garang . Lepastu dah seminggu macam tu, ok la .

Day one kerja memang agak malu. First time pulak tu . Aku ingat aku tak dapat kerja tu sebab day seminggu tak dapat call. Then , tiba-tiba Azril SMS kakak aku kata aku dapat kerja . So, esoknya aku kena pergi Sunway pakai baju putih macam budak-budak ponteng sekolah . Dah la hari khamis . So, hari tu khamis memang aku tak pergi sekolah . Pagi tu around 6 Dore call aku ajak pergi jogging , so , pukul 6 tepat memang dia call aku . Actually, dah plan lama dah nak pergi jogging . After that aku bangun la dalam pukul 6.30 . Time tu baru nak mandi & solat subuh . Around 6.50 baru keluar rumah pergi sunway . Pukul 7.40 baru start jogging dekat Taman Tunku . Sorry la, pic memang tak ada. Aku tak bawa camera pergi jogging . Takkan la sambil jogging nak gantung camera pulak .

Around 8.30 macam tu aku call mak aku suruh datang ambil dekat Tuna . Dekat Seberang Jaya ni semua tempat nama ikan contoh Sembilang, tenggiri , Tuna, Kaloi , Siakap & Todak . Pelik-pelik sungguh la orang yang cipta nama ni semua . Pukul 1 cam tu aku teman dore cari kerja, kononnya nak kerja la . Lepas tu, dia kata mak dia tak bagi kerja pulak =,=' . So, pergi sunway ronda-ronda ja laa . Aku janji dengan Sheralyn dah yang nak jumpa dia dekat Bread History . Dia tu Trainer aku . Aku kenal dia secara kebetulan je dekat FB , then , bila bersembang tu macam dah kenal lama gilaaa. By the way, trainig dua hari . First day memang agak kaku sikit sebab baru masuk . First day tu, kena hafal segala barang, menu & harga . Pada mulanya memang nampak susah tapi sebenarnya senang je . Lama-lama benda tu akan masuk sendiri . First day ni balik awal pukul 9 balik dah . Training 6 jam je . 6 jam tu pun macam-macam nak kena ingat . So, hari pertama tu berjalan dengan lancar . Balik-balik aku terus belajar add math aku .

Second day pun macam biasa juga. Masuk pukul 3 , sama macam semalam . Hari ni lain sikit sebab mula dah berjinak-jinak dengan Cashier . Hari ni juga belajar cara-cara nak kira stock . Memang serabut la if first time tu , lama-lama ok dah . Hari juga la aku ada exam. Nak kerja dekat GSC pun kena ambil exam . Bukan sekolah & University jaa yang kena ambil exam hampa tau dak . haha . Exam tu ada objektif & subjektif . If gagal, kena training lagi , so , memang & sememangnya rugi laaa . Penat-penat training 12 jam last-last tak dapat apa . Masa yang dinanti-nantikan dah tiba. My friends & I ambil exam dalam pukul 10 malam . Time tu dalam office ada Sir Hafizi, Uwis , Edi & Faizal B jaaa. Tiba-tiba jaa Sir Hafizi suruh pergi counter con's , pergi tolong-tolong staff lain. After habis semua, dia kata dekat kami yang kami tak perlu ambil exam . Time tu ada tiga jaa budak baru, aku, Hema & Yujesh . Time tu memang seronok + blurrr. Seronok sebab tak ramai orang & blurr tu biasa la sebab baru masuk .

On the next day, memang seronok, shift opening . From pukul 10 pagi until closing . Closing sampai pukul 2 pagi sebab hari ni ada midnight. Hari ni juga aku dapat vest . Vest tu bukannya free pun, kena bayr Rm 60 . So, kerja berjalan dengan lancar sebab hari ni aku jaga IO6 . IO6 tu counter credit card . First time buat memang tak menjadi , hahax . Bila tak jadi jaa kena la panggil orang-orang yang dah kerja lama kat situ . Nasib baik customer tu friendly :D . Jarang jumpa chinese yang jenis friendly ni , kalau ada pun sikit sangat . Aku nak buat singkatan terus, tak mahu cerita panjang-panjang . Pukul 12.40 close counter kira stock . First time kira stock agak menyeksa laa . Aku ambil masa 30 minutes , lama gilaa. Kalau nak diikutkan, kena guna 10 hingga 20 minutes jaa . Stock tu bukan satu dua, beratus =,=' . Lepas habis kira stock , kena cuci pulak . Aku buat kerja mudah :P , aku cuci yang air tu jaa. Lepas tu check shortage , aku short RM 12.40 . Damn, short dua 1901 chicken , satu Rm 6.20 . So darab la dengan dua ^_^

Hari berikutnya, raya haji . Gaji triple laa, so aku buat full hari tu . Memang selalunya family aku tak sambut raya haji . Sambut dengan pergi solat aidiladha ja la, lepas tu balik. Tak semeriah Raya Aidilfitri . Pakaian hari ni baju tradisional , so, yang melayu tu pakai baju melayu la. Hari ni aku sampai lambat , biasa la aku , bangun pergi solat raya pastu tido balik . Bangun-bangun dah pukul 9.45 . Kerja start pukul 10 . Bangun-bangun style tak bersalah boleh lagi on9 fb then baru tinggal pergi mandi . Pukul 10.05 bru keluar rumah . To pekerja GSC yang kain, jangan tiru naa style kawan hampa sorang ni :) . Hari nie agak ramai orang sebab public holiday . Sales aku hari ni RM 2352 .30 walaupun ditargetkan RM 2500 je . Muka aku ni always dicop supaya jaga counter IO4 . IO4 tu counter tengah-tengah . Hari-hari PIC bagi target. Ada hari aku boleh capai, ada hari tak boleh capai . So far alhamdulillah sebab hari ni aku lack maggi cup je :D . Maggi cup harga RM 2 . Dulu aku kata susah nak hafal harga , tapi sekarang senang jaaa. Sebenarnyakan, pasal maggi cup tu , bukan lack pun . Aku yang guna . Beli sekali tapi refill lima enam kali . Jangan tiru style aku ni haa wahai staff-staff con's GSC SSJ . GSC SSJ tu bermaksud Golden Screen Cinema Sunway Seberang Jaya .

The next day pun agak ramai sebab Public Holiday . Hari ni hari agak sakit hati sikit sebab aku dapat satu customer cina yang tak faham bahaso :P . Dia datang, then berdiri depan aku tanpa cakap apa-apa . Aku pun greet la, " Hi Welcome " , aku dengan customer melayu ja cakap melayu . Custome yang bukan melayu semua aku cakap English . Lepas aku greet dia dalam english pun dia tak faham, aku greet pulak dalam bahaso . Dia tak faham jugak . Sungguh sakit hati . Then dia kata " saya mau ayer, lu kasi air kecik pun ayer " . Lepas tu aku cakap laa, " maaf, air yang kecik tak ada" . Tau reaksi dia apa? Dia berdiri cam bodo sebab dia tak faham apa yang aku cakap . Lepas tu " ok la, kasi sedarhana punya " . Aku pun tanya la " mau ayer apa? " ( kasi perli dia balik ) . Aku kata juga ada ayer olen , angor , stobeli & cola . Dia berdiri blank lagi , dia kata, " hmm olen O_O? " "angor ? " dia tak faham . Sebab dia ja aku kena sabaq 5 minit . Dekat GSC kami kena serve customer dalam 60 seconds ja . Last-last aku pergi panggil si Sheralyn tu, suruh dia cakap cina dengan nyonya tak faham bahaso tu . Nasib baik dia faham bahaso cina O_O .

Lepas tu ada la satu perempuan ni datang . Muka comel, tapi time termelatah tu, semua keluaq :D . Macam-macam jenis orang aku dah jumpa time part time dekat GSC ni . Time hari ni aku tak ada shortage, alhamdulillah la. Today hari Rabu, ada Midnight . If ada midnight tu, aku akan ada dekat GSC tu sampai pukul 3 pagi . Closing & kira stock pukul 1 pagi. Hari ni aku kira stock 10 minit ja . Then, aku jalan-jalan la pergi toilet & duduk sat , dalam sejam pastu baru aku balik :) . Aku ni pekerja yang baik, so, jangan la tiru gaya aku yang sihat tu 3:) . Pergi balik dekat department Con's tengok-tengok depa dah siap cuci cuma perlu pasang-pasang jaa. Senang sungguh kerja aku . Aku juga ada kerja buruk kat Con's ni, nanti la aku cerita. agak private benda ni, haha . After siap dekat department con's kena masuk office pulak untuk Failing Document yang kita jaga cashier tadi tu . Bila masuk office tu, faham-faham ja la, supervisor mula la tanya shortage berapa , con's macam mana & macam-macam laa.

Next day tu lagi la syok, hari khamis . I though tak ramai orang time malam, tapi anggapan aku tu salah. Pagi ja tak ramai orang, tapi malam, Ya Allah, punya la ramai orang . Ada satu customer ni, seluar dia memang style + lawak la , bukan lawa naa. Tahu tak lagu LMFAO tu, tajuk dia sexy & I know it tu . Haaa, seluar apek tu serupa la . Nasib baik dia tak buat perangai , kalau tak dah lama kena kutuk dengan staff-staff con's . Biasa la kami , depan customer jaa senyum & baik, dah tu PAT kami . PAT tu Patrons Addressing Technique . Contoh PAT tu macam " Hi Welcome " , " thank you, enjoy the movie " , " senyum " , " Nandri " & whatever la asalkan ayat tu sesuai digunakan dan tiada unsur-unsur 18 SG :D .

Hari ni ada lack stock, tapi tak perlu bayar sebab counter lain ada excess . Hari ni aku kerja shift malam . Aku memang always dapat shift malam



Monday, November 7, 2011

Soalan dari Nadd

Asalammualaikum ,

Aku nak jawab soalan dari Nadd pulak hari ni . Week ni, memang aku busy sangat-sangat . So, memang tak boleh nak update blog . Hari ni pun kebetulan ja aku habis keja awal . Biasa arr, budak habis exam . Tak tau nak buat apa, so , keja la .

So, nie soalan - soalan Nadd:

1. BF/GF sekarang sape ? Name penuh & dari mane ?

Haha, sekarang aku memang x ade GF . BF tu memang & sentiasa takkan ada, haha . Aku memang sejak dulu x ade GF ,

2. Bila tidur kene ade aircond or tak ?

Before tu, kena on . Tapi bila bangun subuh off sebab terlalu sejuk

3. Suke laptop jername ape ?

Paling suka Macbook Air . That's the best . Tapi , if nak yang tu , kena study oversea dulu =,='

4. Suke baju or shopping selalu jename ape yang nak tengok sangat ?

Baju paling aku suka beli Adidas or Bdy glove .

5. Kalau diberi peluang nak beli handset ape? kenape?

Buat masa sekarang aku memang tak mahu beli HP coz aku dah ada dua hp . Galaxy Tab n Samsung Beat .

6. Suke warne ape ? Ape la special sangat warne tu ?

Purple & green . Purple , hmm coz warna dia cerah nampak ceria . Green for nature . Nampak cam daun , sejuk jaaa bila pakai .

7. Kalau boleh nak rumah ape nanti dah kawin ?

Pondok cukup la =,=' , hahaa . If aku, aku mesti la nk bungalow tapi based on pendapatan n kerja la .

8. Cite2 nak jadi ape? Kenape ?

Aku ade tiga cita-cita . First nk jadi Engineer in Chemical . Second , Engineer in Electronic & Third , Biochemist . Sebabnya, aku memang suka Math, Chemist , add math & Physic . Bio kurang sikit, haha

9. Kat sekolah suke subjek ape ? Or tak suke langsung?

If aku , aku paling suka Math, English & add math . Tak suka subjek Seni .

10. Suke kasut macam mane bile pakai keluar ?

Aku suka sandal la kalau pergi kedai or keluar rumah . For hang out, aku lebih suka pkai kasut or Supra .

11. Suke cerita P.Ramlee tak ? Kenape ?

Aku suke sangat cerita P.Ramlee even though tngok dah banyak kali . Tak rasa bored langsung dengan cerita classic . Cerita P.Ramlee sometime tu ada menyampaikan moral yang baik .

To Nadd , aku dah jawab dah soalan ko. haha . Dekat Blog aku aku x boleh copy soalan . So, aku tulis balik one by one =,=' . haha . Btw, sorry naa sebab jawapan aku pendek sangat .

Saturday, November 5, 2011

Hari aku jawab semua naaaa

Asalammualaikum & Hey doe,

Nie slogan aku " Hi Welcome , how Can I help you? Today have Combo 1 , Combo 2, Combo 3 Combo 4 , Combo 5 & Combo 7 . Combo 6 already sold out "

Ayat kat atas tu la aku cakap hari ni sepanjang 10 jam . Esok pulak for 14 hours. Nasib baik gaji triple . Apa-apa pun, aku tak mahu lack money macam hari ni . Hari nie je lack RM 14.50 . WTFish betoi la. Macam mana aku boleh silap aku pun tak tahu .

Dah-dah , den nak jawab semua soalan hari ni .

First , Adlina

1. Cerita serba sedikit pendapat hampa tentang blog aku.

Ni yang syok nak cerita, haha . Blog ang memang lawa. Tapi, tak boleh nak copy
benda

2. Hampa suka kucing takk? Taksuka? Kenapa?

Memang suka kucing sangat-sangat . Kucing yang paling manja nama Baby . Adlina tau , tapi sekarang dah mati

3. Apa impian hampa yg dah tercapai?

Banyak , tapi aku cerita satu ja. hmm, impian yang dah tercapai bawak duit keluaq shopping RM 5000 .

4.Elmo or Domo?

More to Domo . Aku paling benci Elmo .

5. Minat KPOP? Kalo minat, band ape?

Ani ( tidak dalam bahasa korea ) . Tak minat Kpop even though aku boleh cakap korean

6. Sapa current CRUSH hampa?

Sorry, x ada CRUSH .

7. Tinggi dan berat hampa? [jujur]

Tinggi aku 172 cm & Berat 57 kg (jujur naa)

8. Makanan pebret hampa?

Semua makanan yang halal , haha .
9. Kenangan dgn gf/bf yg paling takboleh lupa

Sorry , tak pernah ada

10. Binatang/serangga yg hampa takut?

Cicak

11. Current hp yg hampa guna

Apa punya soalan daaa. Aku guna Samsung Galaxy Tab & Samsung Beat jaa

Thursday, November 3, 2011

Terkena jugak =,='


Asalammualaikum & hey .
For the first time aku kena tag dari Mira Chowder =,='
Nasib baik soalan dia senang-senang je, haha .



11 perkara tentang aku :

1. Suka makan, on Fb , anak kucing , buang masa & tido
2. Suka fikir banyak-banyak sampai stress ( buat teruk-teruk) dah memang kenyataan
3. Lebih suka subjek Add math berbanding math
4. Tak suka orang yang bajet & perasan HOTS
5. Hot tempered :)
6. Suka update blog , mulut aku memang tak boleh ditapis & if mood aku WTF, memang aku main cakap je
7. Tak suka orang tengok aku
8. Senyap bila depan orang & bising dalam internet
9. Gemok & perlu diet
10. Seorang yang penyabar tapi ada batas jugak la
11. Love my parents , siblings & friends

Questions dari Mira Chowder

1. cerita tentang diri anda :)

My name is Muhd Shafizruddin but panggil je aku shafiz . Still study . Suka subjek add math & Chemistry (memang kegemaran) . Tak suka gaduh dengan orang . Memang tak matured la kalau gaduh . Lebih suka diam dari bercakap .

2. kenapa teda suka orangorang bajet hot ?
Serious, memang tak suka orang yang bajet HOTS atau perasan lawa . Diorang tu memang jenis perasan . Even kita tak cakap pasal dia pun, dia still perasan . Memang Gediks

3.law bule dpat stu bnda yunk paleng anda minad dlam dunia nie ? apekah ia ?

Ferrari P4/5

4.ade org kco bf/gf korang ? suka taaa ? perasaan korg ?

Bergantung la pada gf/bf tu . If depa pun gediks, so memang tak patut la nak marah . If yang jenis setia tu , kita kena la p marah orang yang kacau gf/bf tu . Tapi, aku tak ada gf, so, memang tak tau .

5.
bile dkat exam ? korang slalunyee buad pe ? study kaa ?

Memang akan pulon sampai stress . Last time , before aku exam, blood aku 146 . Tinggi =,='

6.
azam taon dpan :) apeekaah ia ? ( laww pown lmbat lagy na taon dpan )

Nak jadi best students macam tahun ni . Nak pulon semua subjek terutama dalam add math & Chemistry

7.
suka katun ? katun apekah korg minad ?

Aku paling minat Shin Chan ngan Doreamon. Kegemaran aku dari kecik . Every Saturday, mesti aku tengok Sometime tu terlepas jugak .


8.
stu hary ntn bile korg besar , korang na jady apee ?

Aku ada tiga ambitions . Engineering in Chemist , Engineering in Electronic & Biochemist . Tapi maybe Engineering in Chemist sebab aku minat Chemistry .

9.
fixie or nikon D90 ? which is better ? why ?

Fixie sebab aku dah ada Nikon D5100 . If ada fixie , senang aku nak p merata , haha .

10.
superhero paleng korang suka sapa ? why minad dia ?

Ultraman sebab sekali dia pijak superhero yang lain , terus penyek . Dia kan besaq


11.
suka ta law bf/gf korng tacink ? knapa suka/tsukaa ?

Tak Suka sebab nampak macam gegeh

Soalan dari aku pulak:

  • 1. Kenapa suka or tak suka p sekolah ?
  • 2 Suka tak dekat orang yang gediks?
  • 3.If diberi peluaq untuk pergi melancong, Destinasi mana yang korang pilih ?
  • 4.Tiba korang jumpa One Billion Dollar, apa yang akan korang buat?
  • 5. Penat tak if hari-hari korang buat benda yang sama? kenapa?
  • 6. Siapa bestfriend korang ?
  • 7. Apa pendapat tentang Shafiz? :P
  • 8. Seronok tak time nak buka sekolah? kenapa?
  • 9. If ada bf/gf , korang akan bagi hadiah apa dekat diorang?
  • 10.Subjek Math paling syok, Kenapa suka or tak suka?
  • 11. Suka bergossip tak? kalau suka cerita pasal sapa? dengan sapa korang bergossip



Tuesday, November 1, 2011

When Exam Ended , This Would Happened







Asalammualaikum & hey

Tajuk aku hari ni ' When Exam Ended , This Would Happened' . Time exam habis, orang selalunya happy . But, bagi aku exam habis , bosan la aku . Aku sekarang alami perasaan bosan yang teramat-amat . Tak tahu nak buat apa . Stress pun ada jugak, tunggu result exam . Today, hang out with Mira, Mas amira, Qurat , Hendra , annas (sorry if silap eja) , Farah , nadd & dore .

Today aku pergi sekolah macam biasa, diorang yg dekat atas ni semua tak pergi sekolah :) . Ponteng je keja . So, today aku balik dalam pukul 1.50 . Balik-balik aku terus makan n mandi . Then, siap-siap semua dalam pukul 2.30 selesai . Then, aku keluar sekejap main dengan kucing-kucing aku . Around 2.45 baru aku keluar rumah . Start nak jalan pergi sunway . Time tu depa semua dah sampai . So, around 2.55 aku sampai sunway . Pergi toilet jap buat rambut , haha. Huduh kebeno fashion rambut den . After that, call mira . haha, maka aku berjumpa la dengan mereka selepas itu . Actually kitaorang tak tahu nak buat ape. Memang tak ada plan langsung .

Kami pun naik la ke GSC. First, memang kata nak tengok wayang sebab memang dah tak tahu nak buat apa . Then, tengok cerita semua tak menarik . Then my plan, ' apa kata kita p makan dari tengok wayang ' . haha . Nasib baik diorang accept . Then, another problem. Tak tahu nak makan apa . First suggestion : KFC, Chicken rice shop , Pizza , Rasa Mas , Nasi Kandar . Diorang pilih pizza. Dengan ini, kami pun pergi la ke pizza. Time tu ada 6 orang . Dore , Nadd & Farah x datang lagi . Dore pergi makan nasi kandar ngan kak dia . So, if divide duit tu, seorang kena bagi RM10 . BTW, memang seronok dapat hang out with korang .

Nanti, time cuti nanti, hang out lagi naa . Tadi pun tak sempat nak photoshot sangat. After makan, aku , Farah & Dore pergi Popular . Yang lain pergi cari baju . Time dekat popular, sempat la bincang pasal isu sukatan pembelajaran form 4 2012, haha . Add math, math , bio , physic & chemist all dalam bahasa Melayu . haha . Senang tak if since standard one dah belajar dalam English, tiba-tiba mai form 4 kena tukar to BM . It like O_O . For sure la susah nak sesuaikan diri dengan cara macam tu . Dalam 40 minutes jugak la kami dalam tu. Buku-buku pun datang stock yang baru . Buku Longman dengan design baru . Design lama lagi cantik . Tapi untuk aku, if nak beli buku la kan , beli buku focus terbitan pelangi or 1001 terbitan sistem . The best . Lagipun, senang nak faham buku-buku tu .

After dekat popular, pergi arcade pulak . Midnight la kerja aku . Dore pun dah renew card dia . But, still tak boleh lawan sebab machine time tu cuma ada dua je . Yang lain depa tak reti repair . Around 6 macam tu, dah kena balik. Lewat dah . Memang sekejap je hang out hari ni. Nanti time cuti hang out lagi. Raya haji nanti pun aku nak hang out lagi dengan kawan-kawan tho aku . Depa kena belanja aku. hhaaha .

So, hari memang best walaupun sekejap je . Mata aku pun dah mengantok sikit. Apa-apa pun, family come first lepas tu baru friend :) If kita susah sape lagi kita nak cari if bukan family & friend . bye & asalammualaikum