Thursday, March 28, 2013

salam terakhir

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir
Dear kawan-kawan ku mahupun keluarga ku mahupun kekasih ku

Assalamualaikum buat kalian yang penuh bermakna diingatanku . Kali terakhir mungkin kali ini atau tidak , semua ini bukan kehendak aku . Waktu berputaran tanpa berhenti dan melahirkan kerinduan ku terhadap mereka . Ku memohon segala keampunan kepada kalian semua jika ada terkasar bahasa mahupun ketidak puas hatian terhadap diri ku yang hina ini . Kenyataan yang amat menyakitkan ini tidak dapat aku dalihkan dari terus menerus menuju kenyataan . Hanyalah salam terakhir yang dapat aku tinggalkan buat mereka yang aku kasihi . Mungkin ini kali terakhir ataupun tidak , dapat kah aku mengulanginya semula ? Abadikan saja aku diingatan . Aku dah berpesan buat sahabat ku , dengarlah lagu ni jika mereka merindui aku , jangan bersedih dan abadikan aku diingatan kamu . Duhai kekasih ku , hari ini aku telah berpesan kepada mu agak memahami maksud lirik ini dan kemudian hari kamu pasti akan memahami kenapakah aku menyuruh kamu berbuat begitu , sebagai tanda aku di ingatan mu yang tidak akan lupus . Sebagai peringatan akan cinta aku yang murni terhadap mu :(

Mungkin mimpi itu hanyalah permainan tidur . Aku bermimpi aneh tempoh hari dan berulang sebanyak tujuh kali . Aku ternampak sekujur tubuh terbaring didalam tanah yang penuh dengan cacing , ya allah , hina sungguh mayat tu . Mungkin Allah maha mengetahui , secara tiba-tiba kain kafan tu terselak dan tanpa diduga aku kenal akan wajah mayat itu . Wajah aku yang penuh kehinaan . Ya Allah , banyak sungguh dosa ku kepada mu ? Aku tak ingin mati lagi , jauhkan lah ajal ku ya Allah , berikanlah aku peluang . Aku masih tidak bersedia untuk mati , aku masih tidak bersedia :'(

Apakah amalan aku ke akhirat kelak ? Kosong , ya allah , hina sungguh aku , lambatkan lah ajal ku ya allah , aku masih mahu mengumpul bekalan untuk ke sana , matikanlah aku dalam penuh keimanan . Selama tujuh hari aku mengalami mimpi yang sama :( Aku redha dengan segala kehendak Allah yang maha Agung , kalau tiba ajal ku sebentar lagi atauoun esok hari , maka pergilah aku . Amatiku di ingatanku .

Kepada ibuku , terima kasih kerana telah melahirkan aku ke dunia ini , terima kasih kerana telah mengizinkan aku melihat dunia ini . Halalkan susu mu wahai ibu ku , halalkan segala makan minum ku , halalkan segala ilmu yang telah diberikan , halalkan segalanya . Aku anakmu yang durhaka , aku melawan cakap mu , aku menengking mu , aku anak yang hina :( aku anak yang tak mengenang budi , layak kah aku mencium bau syurga . TAK ! sekali air mata ibu jatuh ke tanah haram syurga buat anak itu , Ya Allah , banyak air mata ibu ku ya allah telah jatuh disebabkan aku :'( layakkah aku memohon keampunan mu . Aku hanya dapat menjadi anak yang berguna hanya sementara , aku memberikan kejayaan kepadamu hanya sekali , segala nasihat mu aku tidak endahkan , layakkah aku ke syurga ? Ampunkan aku :( Susah untuk aku di sana nanti

Kepada ayah ku , ini kali terakhir mungkin anak mu ini memberi salam kepada mu , aku dah banyak berdosa dengan ayah aku . Mungkin kalau dihimpunkan boleh menjadi segunung dosa :( Sujud aku dekat kaki ayah ku , aku tengking ayah aku , aku abaikan ayah aku , yang aku pentingkan duit . PErihal ayah aku semua aku tidak ambil peduli , anak jenis apa aku ni ? Ampunkan aku . Halalkan segala makan minum , halalkan segala ilmu , halalkan segala kasih sayang ,  halalkan segalanya . Abah mampu tersenyum bila aku meninggikan suara , abah sungguh sabar dengan aku :( Ya allah , banyak dosa aku dekat abah , aku nak apa semua dituruti tapi apa yang mereka mahukan semua aku tak boleh tunaikan malah aku kurang ajar dengan mereka . Apakah habuan aku di alam kubur kelak ? Ampunkan anakmu ini :(

Kepada guru ku , ampunkan segala dosaku , halalkan segala ilmu dan tunjur ajar yang telah diberi . Saya tahu saya mungkin tidak dapat menjadi yang sebaiknya tapi saya telah mencuba . Ya Allah , banyak sungguh dosa aku dengan guru ku , guru orang yang paling mulia selepas ibu bapa tapi aku hina , caci , kutuk , ya allah , ampunkan aku . Banyak dosa aku ,  aku tak layak nak terima syurga mu dan aku tak sanggup nak menuju ke neraka mu . Aku takut segalanya ya allah , Ampunkan aku , halalkan segalanya

Kepada kekasih ku , ampunkan segala dosaku terhadap mu . Ampunkan segala tindakan ku , mungkin aku tak terdaya nak memberitahu kamu tentang perihal ini . Aku abadikan segalanya dalam lagu yang penuh bermakna itu . Mungkin pemergianku ini akan membuatkan kamu untuk jadi lebih tabah dari sebelum ini . Ampunkan segala silap aku yang pernah mengongkong hidup mu sebelum ini . Aku takut  akan setiap hari kerana takut akan ajal ku yang datang tanpa disedari . Aku ingin mengatakan bahawa aku cinta pada mu , aku sayang akan mu . Aku takut kalau aku tidak mengongkong mu , kamu akan beralih hati kepada orang lain dan seterusnya meninggalkan aku . Maafkan aku  atas segala tuduhan , atas segala kesilapan , atas segala ketidaksempurnaan , atas segala kepicangan , atas segala cacian , aku takut akan diambang kematian , ampunkan segala silapku , NAHBAG

ikhlas dari hati yang tulus daripada ku :) Salam ku yang terakhir dan penuh istimewa , abadikan diriku dalam ingatan mu :D

No comments:

Post a Comment