Tuesday, March 19, 2013

keluhan jiwa



I saw someone seeing me , I saw someone seeing one me , hahaha , Here I am . Someone in trouble ? Seeking for my help ?  Wahh , Assalamualaikum and gracias a todos los lectores :)

Mana aku nak mulakan dahulu ? aduy , banyak cerita yang ingin aku cerita tapi entah tetiba blank tanpa sebarang isyarat . Mungkin tahun ini mendatangkan banyak masalah kepada aku , 2013 sucks and 2011 was awesome but 2010 more awesomeness . Entah kenapa aku harap agar aku dapat ke 2011 kembali . Tahun 2013 banyak buat aku menangis , banyak dugaan , banyak tuduhan , banyak pengkhianatan , banyak penipuan , banyak konflik dan sebagainya .

Aku ingat akan peribahasa karam berdua basah seorang . Biarlah aku tanggung semua ini dengan penuh keredhaan . Allah tu maha kaya , aku pernah melakukan kesilapan maka Allah pay me cash . Segala dugaan ku tempuhi dengan air mata lingkungan kasih kehadrat manusia dan ilahi . Mungkin Allah juga nak membuka jurang pemikiran aku agar berfikiran lebih matang tanpa mengabaikan tanggungjawab aku sebagai salah seorang tokoh di sekolah mahupun dimana sahaja . Tuduhan yang melampau kadangkala membuatkan aku lemah tanpa disedari membuat aku menitiskan air mata tanda kehibaan didalam lubuk hati yang dalam ini . Biarlah manusia mendomba-dombakan aku asalkan aku tahu jalan cerita yang sebenar . Manusia menuduh aku tanpa sebarang bukti namun aku terima dengan sagala hati yang tenang walaupun ianya sekadar senyuman yang sinis dan palsu belaka .

Sedih aku pun aku takkan tunjukkan kepada sesiapa . Maka beruntunglah orang yang pernah melihat mahupun mendengar tangisan aku . Tahun ini ditambah lagi dengan kehibaan tentang penyakit didalam tubuh aku . Jika usia aku pendek , aku telah maafkan segala kesilapan manusia yang telah mereka lakukan terhadap aku , atas pengkhianatan yang telah mereka lakukan , atas kedengkian mereka terhadap aku , atas persengketaan yang kian lama terpendam , atas penipuan yang pernah dilakukan . Aku maafkan segalanya . Aku hanya manusia biasa dan aku bukan para Anbiya' yang sentiasa mempunyai sifat terpuji . Aku sekadar manusia biasa yang lemah tanpa pendoman dan sokongan oleh orang yang aku percayai .

Kadangkala ini mengajar aku untuk lebih kuat menjalani hidup ini . Ada kala aku berputus asa dan berasakan mati lebih indah dari hidup tapi aku telah temui satu jawapan dalam panduan hidup kita iaitu Al-Quran . Segala apa yang dilakukan oleh kita sudah pasti ada hukum karmanya , segala kesilapan yang dilakukan oleh kita sudah pasti akan kembali kepada kita . Sebab itu aku redha dengan jawapan yang telah Allah hidayahkan kepada aku . Mungkin aku seorang anak didik , sahabat , rakan yang teruk . Aku akui segala kesilapan aku dan aku mempunyai maruah . Setelah diherdik , dicaci , dituduh adakah hati aku masih terbuka untuk memaafkan ?

Aku tidak mahu menyimpan sebarang dendam . Andaikan aku meninggalkan sudah tentu roh aku tidak aman  oleh hal yang telah berlaku . Maka ,aku sebagai umat nabi Muhammad yang lemah dan kufur ini aku maafkan segalanya dan berdoa agar Allah menunjukkan jalan yang benar dan sebenar . Segala keluhan aku dambakan dalam lubuk hati ku yang kian dicemari ini . Segalanya berlaku dengan hikmah yang telah ditetapkan oleh Allah . Mungkin sifat ku juga membuatkan manusia membenci diri ku .

Aku akui aku lemah dengan semua ini . Tapi kepada siapa aku hendak mengadu nasib ? Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri . Selepas satu masalah selesai , timbul pula yang baru . Mungkin besar sungguh dosa ku sebab itu Allah mengurniakan ujian yang berat kepada aku . Aku stress dengan semua ini dan aku hilangkan stress aku dengan membuat kiraan dan dengan menonton cartoon . If there's a will there's always a way aku ingat dengan idiom tu . Musibah yang menimpa diri ku ini mematangkan minda aku untuk terus berfikiran waras. Aku dituduh tanpa belas kasihan oleh orang yang aku sanjungi sebelum ini . Sungguh kecewa hati ini siapa peduli ? Kepada Allah aku mengadu , kepadanya aku menangis , kepadanya aku kembali , kepadanya aku pohon dan kepadanya aku sujud . Kekecewaan melanda diri ku entah dari penjuru yang mana , mungkin di setiap penjuru ada masalah yang bakal menimpa ku.

Aku takut akan segala ini dan aku tidak pernah pohon untuk dihina , ditengking , diherdik, dituduh , dikhianati dengan sebegini . Emosi aku tercalar dan terguris tanpa belas kasihan . Mana ajaran yang telah diajarkan oleh baginda S.A.W ? Carilah tiga saksi dan tiga bukti sebelum membuat sebarang tuduhan yang melelulu . Mungkin ada benar tentang tuduhan itu tapi tidak kesemuanya betul . Hanya Allah yang tahu akan kebenaran dan kesilapan aku . Aku tidak akan mengulangi kesilapan ini kembali . Namun siapa yang mahu percayakan aku ini ? Sekali manusia berbohong sudah pasti dia akan melakukan lagi , yaa , aku ingat akan hinaan ini . Maruah aku kini berani di lutut ku tanpa disanjungi martabatnya . Mana bangsa melayu yang dikatakan berdaulat atas agama dan bangsa?

Aku malu dengan sikap aku , aku malu hendak bertemu para guru ku , aku malu hendak bertemu sahabat-sahabat ku dan aku malu akan segalanya . Segalanya ku bukukan dalam hati yang luhur ini . Allah maha mengetahui kebenarannya . Aku maafkan segala kesilapan manusia . Andaikan usiaku pendek telah ada beberapa amanah ku selitkan kepada sahabat-sahabat ku untuk dilaksanakan . Mungkin susah untuk ku ceritakan disini . Mimpi aku sungguh menggerikan . Tanpa disedari mimpi aku itu mungkin menjadi realiti yang sebenar tanpa kerelaan aku . Kesakitan di rusuk kiri ini siapa yang tahu melainkan aku dan pencipta ku . Kesakitan diherdik mungkin lebih sakit dari kesakian pneumonia . Sejenis virus yang merebak akibat kesejukkan dan faktor udara . Insyallah aku akan sembuh .

Aku hanya mengadu nasib kepada Allah dan aku berserah kepadanya . Setiap hari kupohon tunjukkanlah jalan yang lurus . Tapi doa ku tidak dimakbulkan atas segala dosa yang telah aku lakukan . Layakkah aku untuk menjadi tetamunya nanti ? Aku takut akan dugaan dan ujian yang bakal menimpaku di tanah haram nanti :( . Aku takut akan semua itu . Allah maha mengetahui akan segalanya . Insyallah aku bakal melakukan umrah sama ada Ramadan tahun ini ataupun pada bulan januari tahun hadapan . Mungkin aku akan lebih menumpukan pada pelajaran dan buktikan kepada mereka yang aku mampu mengegarkan nama sekolah . Mereka mengatakan aku tak akan mengegarkan nama sekolah kalau aku bersikap begini .

Segala kata cacian membuatkan diri ku bertambah kuat dan maju . Tanpa disedari mereka merupakan pemangkin kepada diri ku untuk berjaya . Aku amat sanjungi guru physics ku, banyak nasihat telah diberikan olehnya . Tanpa dia mungin sekarang aku dah buat benda yang sia-sia . Dia yang sentiasa nasihat , beri semangat . Aku sanjung semua guru-guru ku dan begitu juga kedua ibu bapaku . Sesiapa yang mengajar aku walaupun satu ilmu aku mengelar dirinya guru walaupun dia seorang yang beragama majusi ataupun yahudi .  Ilmu aku sanjungi tapi kenapa manusia tidak pernah menyanjungi aku ? I redha akan segalanya . Yang patah tumbuh yang hilang akan berganti . Segalanya aku berserah kepada Allah . Aku percaya akan jodoh ditangan tuhan . Kemana aku pergi kalau ada jodoh ada lah .

Insyallah aku akan apply chemical engineering di UTP selama setahun asasi dan pergi sambung ke UK ataupun apply pure maths di USM ataupun di UKM atau form 6 di mana-mana sekolah . Moga-moga Allah menjadikan impian aku kenyataan . Setakat ini keputusan peperiksaan aku agak memuaskan dengan mendapat hampir keseluruhan A dalam semua subjects dan yang paling mengejutkan ialah sejarah kerana aku mendapat 94% dan akan ditambah 6 markah maka jadilah 100 % .

Emosi aku sekarang buntu celaru . Aku kebelakangan ini makin sibuk dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan rohani mahupun jasmani . Aku menyertai scrabble , drama , bowling , silat , semua itu membuatkan aku sibuk tanpa disedari 

Maaf , gambar hanya sekadar hiasan bersama keluarga tercinta . Terima kasih Allah , terima kasih kepada kamu yang membaca . Aku dah tak kuat 

No comments:

Post a Comment