Monday, October 31, 2011

friend worth a millions

Friendships come and
Friendships go
Like wave upon the sand
Like day and night
Like birds in flight
Like snowflakes
when they land
But we are something else
Our friendship's here to stay
Like weeds and rocks and
dirty socks
It never goes away

Asalammualaikum & hello . Jawab naaa , dosa kalau tak jawab :D

Hari ni, aku mulakan dengan poet dulu . This post aku buat khas untuk kawan-kawan aku. Tapi, if nak baca, baca ja la . Persahabatan selalunya datang dan pergi . So, tu tugas kita la nak jaga persahabatan tu supaya kekal & tak pergi . As for me, aku just cakap "sapa nak kawan, kawan je la. Sape tak mau, x pa. Tak kisah" . Simple je, if nak berkawan ni, kita kena la ikhlas. Jangan la if susah baru cari kawan, time senang lupa kawan ibarat kacang lupakan kulit la pulak . Sapa terasa ambik naaa. Aku tak berniat nak kata dekat siapa-siapa .

Persahabatan macam ombak dengan pasir? Really? Akrabnya, haha , bagus la if korang ada persahabatan macam tu . Ikhlas berkawan . Tapi, jarang nak tengok friendship macam tu . Kalau ada pun, cuma suku je . Aku harap sangat persahabatan aku dengan kawan-kawan aku macam ni. Sekarang, dah tak seronok macam tahun lepas . Tahun 2010 is the best year for me . Tahun 2010 banyak la simpan kenangan dekat aku, haha. Time akhir tahun the best . Sekarang dah lain, tak macam dulu :( .

Seriously, aku rindu time 2010 . Wish boleh kembali ke 2010 . Dalam blog nie, memang sikit aku bercerita, but , dalam buku aku banyak. Dalam blog terlalu public la aku nak cerita . If aku cerita nanti, mula la ada orang marah =,=' . Sorry to say, seriously aku bagitahu, aku tak ada niat nak kutuk-kutuk orang . Macam aku tulis dekat FB aku, friends worth a millions . Hargailah sahabat-sahabat kita . If kita susah nanti, kita akan cari sahabat kita jugak . kn? Mak aku suruh tak payah pergi sekolah . Tapi, aku nak pergi jugak . Maybe la this year last bagi aku. Maybe je la . Aku start tahun depan dah nak kena pulon .

So, sampai sini je la post aku. Cik Farah (taken by Shahrul) dah ngantok tunggu post aku . Apa-apa pun, hayati la poet aku tu . It means a lot dekat kita . Papew, aku hargai semua kawan-kawan aku . If diorang susah, aku akan tolong . Bye, asalammualaikum

Wednesday, October 26, 2011

Exam is over !

Asalammualaikum & hello . It's cold here =,=' Tajuk aku hari ni pasal exam . Semua orang tak suka exam right ? Cam la juga aku, kena study banyak-banyak sampai nak pecah otak . But, exam memang dah habis . Feel like Merdeka! even though SPM belum lagi . haha . Never mind, take it easy . Rehat la sekejap , takkan nak always push otak tu dengan study . Aku pun study sampai stress . Mula la leher nak rasa panas if stress . Furthermore, aku ni suka fikir banyak . Benda yang kecil pun aku fikir banyak .

So far, sekolah aku sekarang yang kurang pelajar yang hadir . Exam is over dude , if datang sekolah pun ada aktiviti apa? Just gotong-royong . Sungguh memenatkan , untuk aku, if ada gotong-royong aku cepat-cepat cari alasan :) . Minggu ni, cuti for one week sebab Deepavali . Happy Deepavali . Dah habis baru nak wish . Takpa-takpa kawan-kawan aku yang kat India tu baru ja nak sambut . Besides, sekarang aku nak kurangkan bercakap . Malas nak bercakap banyak-banyak . Salah satu sebab, percakapan aku memang menyakitkan hati .

Diam lebih baik dari bercakap , if mood aku WTF, lagi la . Aku cakap main ikut suka jaa . Sekolah if tak silap aku lagi tiga minggu, so, just bersabar jaa . Time cuti-cuti ni, aku kerja . So memamng tak bosan la . If budak-budak PMR sure bosan tahap memuncak, ye la, dah tak tahu nak buat apa . Ada la juga kawan-kawan aku yang baru habis PMR pergi kerja . Sapa yang kerja tu, kena la belanja aku. haha. Aku sekarang kena berjimat cermat =,=' . Parents aku dah marah sebab aku membazir jaa .

So, ok la . Sampai sini je la post aku for this time . Sekarang tengah evening, aku nak pergi cari ice cream . If terkasar bahasa or menyinggungkan, ampun maaf dipinta . Friend worth a millions . Bye & Asalammualaikum

Sunday, October 23, 2011

Tak tido


assalamualaikum & selamat petang

Yesss, semalam saye tak tido . Memang the best la mata ni =,=' . Actually, semalam tak plan pun tak mahu tido . Then, parents buka movie . Aku pun join la tengok dah memang bosan time tu . Cerita tu habis pukul 2.30 a.m . Selalu if aku nak pergi sekolah , aku selalu tido pukul 2 . If lewat, for sure pgi tu aku tak terjaga :D . So, aku pun ambik peluaq ni untuk belajar Chemistry . Pic atas tu saje je nak tunjuk tiket wayang alang-alang dah aku terjumpa dalam poket baju . Real steel memang seronok .

Back to the topic , around 3.30 cerita Al Kuliyah , tajuk hari ni pasal mat rempit . Sambungan after Al-Kuliyah, Majalah 3 ulangan . If nak tengok astro, pagi-pagi cerita memang tak menarik . After majalah tiga , aku plan nak baca la buku wimpy kid memandangkan masa ada lagi 1 jam 10 minit before subuh . Baring-baring je atas katil, terus tertido -_- . Then mak aku kejutkan around 6.50 . Kalau tak, aku nak update this post pagi tadi , but ayah aku tershut down my laptop . Ayah aku ingat aku tak mau guna dah '_'

Around 7.15 aku pergi sekolah . If boleh pukul 7.30 baru aku nak keluar rumah . Perhimpunan hari ni memang ambik masa yang lama . From 7.30 until 8.20 . Kalau dulu-dulu ok la if sinaran matahari time pagi , la ni sinaran matahari time pagi boleh membunuh cell-cell kulit kita . Pukul 8.20 perhimpunan bersurai. Aku cepat-cepat lari pergi bilik ERT . Hari ni ada gotong - royong . Tapi, aku memang the best , tak pakai baju PJ :) . Aku tak pakai baju PJ sebab aku kena jumpa pengetua hari ni , nak dapatkan pengesahan . Pukul 8.30 aku pergi pejabat dengan bawak sijil-sijil aku yang dah jadi macam buku add math aku dah . Aku pergi pejabat dengan harapan agar aku tak payah jumpa pengetua . Malas la nak jumpa pengetua, nanti kena tanya banyak soalan . Penat nak jawab .

Harapan aku memang musnah =,=' . Kerani tu cakap , ' ok , kamu boleh jumpa puan pengetua sekarang ' . Aku pun cam , ' O_O ' . Masuk-masuk je bilik pengetua, aku kena always senyum ( nak bajet berbudi bahasa konon ) . Aku duduk la tercengat 5~ 10 minit depan dia . Dia dok tandatangan sijil apa ntah . Setengah jam aku duduk dalam tu rasa cam 1 sehari duduk kat dewan ceramah . First dia ceramah tentang solat, then mengaji Al-quran , then pasal bapak aku mengajar aku cakap chinese, then pasal penyata gaji, then pasal sijil, then pasal kakak aku, then pasal MRSM , then pasal ic, then pasal diet , Last sekali pasal surat beranak . WOW! sepuluh benda dia tanya aku. Actually ada lagi, but aku tak ingat . Dah la bilik dia sejuk nak mampus, orang aircond buka 16 degree ja, nie dia buka sampai 10 degree .

Dah la pengetua mengejek aku . Tanya sal exam aku, pastu aku bagitahu result, dia buat muka . Around 9.15 aku keluar dari pejabat . Lega~ . Nie la last aku jumpa dia, pasni takmau jumpa dah . After that, aku kena cuci kipas kat bilik ERT . Mata aku memang O_O . Aku cuci kipas, rehat . Hari ni aku makan nasi dekat kantin, for the last time maybe . After this, aku memang tak datang sekolah seminggu . Datang pun ada apa ? By the way , tdi aku tido dekat bilik jahitan. Sofa tu aku baring suka hati ja cam rumah aku . Tido from pukul 11.30 until 1.45 . Hari ni balik pukul 1.50 . So, bangun-bangun tu loceng terus bunyi . Dekat rumah aku rasa aku malas nak cerita.

So, dah terbukti la aku ni dead man today . Aku memang tak suka orang buat memandai, perasan & penakut . If nak kutuk or maki tu, tak perlu la dekat FB , nampak sngat penakut. Try cakap depan-depan terus baru syok aku nak lawan mulut kan . Maaf jika ada terkasar bahasa or sakit hati dekat mana-mana . Niat aku hari ni memang nak kutuk orang pun.

Thursday, October 20, 2011

All this week

Cikgu Jeff

Azmil
Haziq
Din



Assalamulaikum & hello

Today aku nak update blog sebab dah seminggu aku tak update blog. If aku tak silap la . Walaupun sekarang ni aku tengah sakit perut tapi dengan semangat & azam aku, aku update juga blog ni . Post kali ni berkaitan dengan aktiviti aku & sekolah sepanjang minggu ni . It started here, hari isnin, like usual , pergi sekolah & just main je whole day because exam dah habis . Then pergi kutip duit for bowling & serah surat kebenaran . Keesokkannya, Selasa . aku ponteng sekolah sebab malas nak pergi .

Aku bangun dalam pukul 12 t.hari (solat subuh x tinggal na) . Lepas bangun, pegang buku add math jap . Dalam pukul 2 mcm tu baru aku makan, almaklum lah , aku diet . Aku dok rasa diri aku gemok . So , aku pon diet la . Then lepas makan solat Zohor then berfacebook until pukul 6 . Then stop sat sebab nk solat Asar & baca Al-Quran . After baca Al-quran, aku terus solat Maghrib & lepas tu on facebook until 3 pagi .

For the next day, boling (Rabu) . Yang pic dekat atas tu semua time boling . If nak tengok yang lain, just pergi dekat facebook first aku . Then you will see it . Dalam bas time perjalanan, aku duduk sebelah Mus and bas tu pasang cerita hantu bonceng (astro first) . Aku terfikir , macam mana dalam bas boleh ada astro ? It's weird . Kami start main bowling around 9.15 am . Hari ni aku main bowling just for fun, main baling ja bola . First game, my score 90 something & second game 132 . After main bowling, kami semua turun makan KFC . Time makan tu still ada masa untuk snap picture . After makan kami kena terus balik sekolah. Tapi time tunggu bas tu, punya la lama . It took almost an hour . Memang macam-macam aksi gambar aku dapat time tu . Lepas ja bowling, aku pergi Sunway with Samantha & Thurai .

For today, Khamis , aku ponteng sekolah . Same with Wanie , Farhana , Mus , Thurai & Samantha . But today aku lepak with Samantha & Thurai again . Today kitaorang pergi Library dulu since kitaorang nak study . Aku just bawa buku Chemistry & add math ( subjek paling best bagi aku ) . Samantha bawa buku Chemistry & physic . Thurai bawa diri . Janji nak datang dalam pukul 10 or 11. Tapi =,=' . Aku sampai dalam pukul 11 . Then aku duduk la dekat atas since aku ingat diorang tak sampai lagi . Then around 11.45 , aku turun ronda-ronda . Ternampak samantha , dia pun smpai awal juga . So, aku duduk dengan dia dulu sambil tunggu Thurai . Time aku buka facebook, ternampak dia sedang berwtw dengan kakak angkat dia =,=' . Kami dua sedang tunggu dia, dia boleh lagi buka facebook. Around 12.07 Thurai sampai . So, kami pun belajar la sampai pukul 2.10 . Then , sam ckap dia lapar . Kami tiga berjalan pergi sunway coz nak makan.

At sunway, kami makan KFC . Dah dua hari aku makan KFC cam mana berat badan tak naik . Sekarang berat aku dah 57.5 kg . Naik 0.5 kg . Lepas makan aku pergi popular sebab nak beli buku Chemistry . So, aku beli buku Chemistry yang berharga RM26 selepas dapat diskaun 10% (thrifty) . After beli buku, macam biasa , aku sure akan main Midnight . Sapa yang rajin pergi arcade dia tahu la . Then around 4.45 kami pergi MCD beli ice cream . Duduk la kami dekat situ until 5.30 . Actually, ada banyak gambar tapi aku malas nak letak . If nak tengok pergi dekat facebook aku . So, aktiviti aku esok pergi Alor Setar ikut ayah aku .

So, sampai sini je la aku nak beleter . Hope korang sabar ya baca post aku yang panjang ni . Macam aku cakap sebelum ni, sorry if terkasar bahasa atau apa-apa pun . Yang baik datang dari allah S.W.T & yang buruk datang dari diri kita sendiri .

P/S: If tak puas hati dengan aku, cakap depan-depan aku . Tak main la kutuk-kutuk belakang . Baru aku syok nak maki balik 3:)

Saturday, October 15, 2011

Sorry

I'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm SorryI'm Sorry.

Assalmualaikum & haha

Saja ja nak letak "I'm Sorry" dekat atas tu. Kebelakangan ni, aku rasa macam aku buat salah dekat ramai orang (biasa la exam dh habis) . Tak silap aku, dah sebulan kot aku tak update blog, kn? Busy dengan study (tapi facebook boleh on) . Lagipun, aku tak ada topik nak cakap. If aku tulis story, nanti mula la ada orang terasa (sorry to say) .

Kawan-kawan aku bebas la sebab diorang dah habis exam =,=' . aku??? haha kena ambil exam 28/11 ni . 100 soalan math & 100 soalan sc (ada lagi subjek lain cuma malas nak tulis) . Boleh naik gila aku kalau nak jawab semua tu . Orang semua cuti, tiba-tiba aku kena pakai baju sekolah lagi . Alahai, nasib . Sepanjang persekolahan, aku rasa bosan nak mampos sebab exam dah habis. Hari-hari buat benda yang sama . So, aku buat keputusan nak ponteng seminggu . Aku rasa warga sekolah aku pon happy kot if aku tak datang .

Cakap pasal sekolah, last week, Jumaat kot . Semua pelajar yang sama tingkatan dengan aku kena pergi Bilik Seroja ( macam dewan la) . Cikgu cakap ada nak bagi taklimat . So, kami pun duduk la macam budak baik =,=' . Memang tak sedar time tu , pusing-pusing ja belakang nampak pengawas buat sport check , mmg WTF la . Time tu pulak aku bawa Ipod Touch pergi sekolah . Nasib baik la time tu otak aku jalan . Aku letak Ipod tu dekat tali pinggang aku. So, bila cikgu goyang2 & check pon tak kena la . Nasib baik . Tapi, kesian dekat kawan-kawan aku yang kena rampas hp . Minggu terakhir sekolah baru boleh ambil dengan bayar RM 20 . Sekolah nak buat duit . Sorry to say, dah tu memang kenyataan .

So far, aku malas nak cakap panjang-panjang , nanti ada orang meluat pulak . So, bye & assalamualaikum . Sorry if terasa or terkasar bahasa