Hey assalamualaikum . Hey , aku rasa dah nak dekat sebulan aku tak mengupdate blog aku yang kian usang dah ni . Bukan aku malas sebenarnya tapi memang ada pun perasaan malas tu sikit . Aku kebelakangan ni agak menyibukkan diri aku dengan buku-buku dan makan makan . Balik sekolah makan , petang makan , maghrib makan , malam makan , before tidur makan . Ish, macam orang mengandung la pulak . Orang kata kalau kita gembira mesti kita makan kan ? Aku gembira ni , sebab tu laa aku makan ja memanjang tanpa menghiraukan orang . Padahal apa yang aku cakap pasal makan tu hanyalah tipu tipu belaka sahaja . Mustahil laa orang yang berat 59-60 kg macam aku nak makan tanpa henti . Nak mampus ? sekali timbang berat terus skru penimbang tu tercabut pulak .
Motif sebenar aku sibuk ialah aku sibuk membaca . Bulan lepas , aku dah habis memborong buku dekat kedai buku . Jadi , aku mesti la kena baca semua buku tu sampai habis . Kalau tak , gerenti seratus peratus mak aku akan memulakan tazkirah dia ( faham faham ja la ) . Motif aku seterusnya, aku kekurangan masa untuk buka komputer riba . Balik sekolah dah pukul 5 . Then , balik-balik terus solat kemudian main badminton dengan jiran . Malam pulak kena belajar dan buat kerja rumah . Memang sah la aku sempat buka muka buka guna telefon bimbit jaa . Motif ketiga , aku malas nak buka twitter atas sebab-sebab tertentu ( padahal tak reti nak guna ) . Aku buka twitter sat ja, dah mula nampak macam-macam . Buat tambah dosa aku ja tengok orang dok perli orang lain dekat twitter . Untuk pengetahuan la kan , twitter digunakan untuk kita menyebarkan maklumat terkini tentang apa-apa saja, bukan untuk menambahkan dosa.
Kebelakangan ni , terutama selepas raya , aku agak sibuk mengajar kawan-kawan atau sahabat-sahabat aku subjek matapelajaran yang menunggingkan otak mereka seperti Matematik Tambahan dan Fizik . Oleh sebab tu la aku duduk dekat sekolah sampai pukul 5 . Ada kalanya sampai pukul 6 sampai mak cik guard yang bising tu pun halau kami dengan menggunakan kata-kata dusta dan mak cik guard tu ada hari kami balas balik apa yang dia cakap sampai dia pun mengalah dengan keceluparan mulut kami ni . Kami nampak skema, baik tapi bila kami bercakap , habis semua keluar tanpa ditapis . Kalau hampa semua sedar , blog aku kali ini tak ada satu pun perkataan Bahasa Inggeris . Saja ja buat macam tu .