Saturday, July 21, 2012

Reunion Kem Bina Negara part 1

Ni time permulaan , semua baru jaa sampai 
Dalam lift pun jadi . Ditemani olah awek American dua orang :D Din baru mai 
Gambaq formal gilaa , haha ,  chill ,  
Cikgu Khazafi memang sporting , thanks sebab datang join 
With budak Inderawasih and Mengkuang 
Gang hang out aku , Cik Teha :D  . Sorry , tak dapat join haritu  
Lampu-lampu ni cantik laa .  Tapi kami semua cantik and hensem lagii , haha
With nabb , dia kata aku ni kuat segan , haha , mau tak segan , kalau dengan laki tak pa laa
with adik hot :P  Junior sekolah aku laa a.k.a kawan hang out aku jugak .
With Mall ,  selalu tanya aku " aku comel tak ? "  Comel laa Mall ,  rambut macam penyanyi one direction tu dah  :)
Dengan twin aku , Farah .  Coincident aku pakai spec and lupa nak buka .  
Fer Douz , don't stare at me like that . haha .  Kebetulan jaa kot
Quratt,  saja nak snap pic dengan semua orang hari ni
With wawa ,  comel pakai lens  
Piston aku ,  haha ,  after raya Insyallah nak beli lens tamron 
Apo kono aku letak varsity atas kepala aku ?  Panas kot . Time ni dok adjust focus 

Dengan Azlin .  Dia cabar aku suruh kurus macam dia, haha , 50/50 kot aku bole :D
Nampak dak tanda love tu -- ' I love Kelantan laa sangat .  Baju ni mak aku beli dekat Kelantan haritu, haha
macam adik dengan abang jaa, haha
Dimana ada shafiz disitu ada buku , kakak aku snapkan . Candid , haha
Memang sedap kot, tambah-tambah time puasa :D :) :P 

Hey Assalamualaikum ,  as a Muslim , kena laa bagi salam :D  Kita ni dah originally sejak lahir dah Muslim , jangan laa pergi tuduh orang lain yang Muslim tu sebagai bukan Islam .  Tak cukup tiga bukti kan dah dikatakan fitnah  .

Post ni aku update buat kali yang ketiga dan aku punya dok berharap supaya laptop aku tak buat perangai dah .  First aku upload guna laptop aku ,  suddenly teroff , second still upload guna laptop aku jugak , the result still keep constant . Third , aku pinjam laptop kakak aku and upload .  Dah laa nak upload pic ni ambil masa 1 hour 47 minutes 15 seconds (saja buat teruk :P )  .   Aku memang busy sikit kebelakangan ni , so sorry to sape-sape yang aku ignore  :D  Bukannya sombong tapi takdak masa , so sorry once again .

Actually macam ni , kan last week aku pergi kem dekat  Kem Bina Negara Kulim  for 3 days .  So,  after that kenal laa semua orang dekat situ  lepas aku di add kan kedalam group tu . Thanks kepada sape yang add aku tu xD .  Sembang punya sembang then set date nak hang out ataupun dengan bahasa mudah reunion .  First ,  ingat main-main laa sebab semua macam tak serious .  Then tiga empat hari dok cakap benda yang sama , so , it's serious .  Because of that , semua set hari Jumaat one day before Ramadan .  Hari Jumaat tu memang makan puas-puas .  Okay aku akan cerita secara detail dari aku bangun sampai laa aku tidur hari Jumaat tu  :D

When the bell rang , I suddenly woke up at 4.30 o'clock .  Memang selalu aku bangun pukul 4.30 ataupun 5  .  Then bangun minum ayaq sat before kumur ,  bagus untuk perut kalau minum ayaq before kumur . Then ambil wuduk buat solat Tahajjud .  Around 5 macam tu start pegang buku sat ,  buku Bio . Btw, aku dah mula minat sikit dekat Bio , Alhamdulillah .  Then study sampai pukul 6 .  After that solat Subuh and terus pergi online bila habis solat .  Online tu wajib bagi aku .  Jarang laa bagi aku untuk makan breakfast kecuali kalau dekat kem ataupun roti canai .  Pukul 7.13 baru jalan pergi sekolah . Well, sekolah dekat jaa , memang sah keluaq lambat .  Pengawas kena sampai before 7.15 ( seven and the quarter bak orang British sebut ) . Aku kan jalan laju , so , within 2 minutes sampai dah .  Budak-budak kem tahu laa macam mana aku jalan . Am I right ?  Aku jalan laju bersebab laa. Haha, first sebab ,  tu cara orang Japan , depa memang jalan laju . Then ,  jalan lembap ala ala lenggang tu macam buat otak kita tak berfungsi .  Berjalan tu menunjukkan otak kita juga :D .  Third , sebab kejaq masa kena sampai before 7.15  .  Every Friday sekolah aku mesti baca Yaasin dekat tapak perhimpunan . At least okay laa , ambil berkat hari Jumaat tu .  Then today ada tazkirah oleh PK Hem sekolah aku , Ustaz Aidi  . Tajuk tazkirah dia "Diambang Ramadan"  . It took 40 minutes and hari terakhir PJ kami telah diambil :( . Kami PJ hari Jumaat .  After two periods ada kelas Physics . Oh yeahh , subject favorite aku .  The rehat , and bertugas macam biasa dengan friend aku Sarah .  After Rehat Add Math .  Best jugak  ,  memang hari Jumaat ada dua subject aku suka .  Then last sekali subject BM . Memang waktu tidoq aku .  Aku kurang menumpukan attention dalam kelas BM .

Balik-balik terus pergi McD dengan Thilagan , Vanessa and Sarah .  Solat jumaat pukul 1.10 .  So , kami balik pukul 12.15 terus jalan pergi .  Punyaa la ramai orang dekat situ . Well,  12 kan Mc value lunch .  Harga murah kot . Aku just coke jaa ,  diet laa konon . Bukan laa , sebab later on aku nak keluar dengan budak-budak kem jugak , mesti makan .  Then aku balik sorang kul 1 sebab nak kena solat Jumaat . Depa lagi tiga orang tu takpa laa dok duduk lepak lagi tak payah kena pergi masjid , hahha :P  .  Balik-balik terus mandi tukaq pakai baju melayu , purple  :D  .  Then pergi masjid . Ntah macam mana boleh terlena/tertidur time khatib dok baca khutbah . Itu perkara biasa :P  .  Dah laa duduk betul-betul depan sekali .  Nasib baik tak berdengkur jaa .  Pernah dulukan , aku tertidur then orang nak solat dah , pak cik sebelah aku yang kena kejutkan aku .  Habis solat , buka facebook sat , dok buat ayat sedih "dengan dukacitanya aku tak dapat hadir hari ini ke Sunway "  . Last-last muka aku mai gakk .  Keroll sembang tak mau mai , haha , last-last muka dia gak ada dengan haziq .  Berjalan laa kami ke sunway dengan panas terik and aku pakai baju I Love Kelantan , --'   .  Hari ni ramai budak hot dekat Sunway , well, aku cool ja ;)   .   Last day nak hang out laa konon .  Aku time puasa pun jadi keja kalau nak hang out .

Sampai jaa Sunway terjumpa cikgu Khazafi .  Then terus jalan dengan dia sekali laa sambil snap a picture . No I mean a lot of pictures . Tambah-tambah aku pula , paparazzi .  Semua benda nak snap .  Dulunya aku tembak guna pistol and sekarang aku tembak guna camera .  Tempat pertama kami pergi food court .  Memang dah set tempat nak jumpa dekat situ . Sampai-sampai jumpa Nabb n kawan dia and semua dak perempuan smksj ,   yang lain semua tak reti-reti nak mai lagi  :P  .  Pergi laa makan kami semua lepas dok penat snap pictures .  Makan KFC .  Lepas ni tak boleh nak makan dah sebab puasa . Makan punya makan punya makan , sorang sorang dok mai :D  After makan terus gerak naik atas and snap pictures dekat lampu-lampu kat tempat karok tu .  Sunway memang bosan kalau nak ronda .  After raya nak cadangkan pergi buat reunion dekat Jusco Perda pulak .  Insyallah laa kalau aku ada dekat sini aku join .  Kul 5.30 macam tu semua dah buat hal masing-masing . Pukul 6 kerol dengan Amirul balik .  Tinggal laa aku sorang-sorang , kesian , haaha . Aku tak mau balik lagi sebab lepas ni tak boleh nak hang out dah . Busy :D . Masuk-masuk kedai game jumpa farah , Cik teha , Firdaus , Afni , Qurat n others .  Join ja laa depa karok , haha .  After that merayau lagi kat roof and snap picture . Out of the blue ,  tali pinggang aku rosak --'  .  Jalan laa aku dengan seluaq nak londeh tu .

Pukul 7.24 jalan nak balik dah . Untunglaa farah ada lesen motor dah , ahaha. Aku takdak lesen pun dah lepas bawak kat high way pergi Butterworth .  Balik-balik terus mandi and solat Maghrib . then pergi Dinner dengan family dekat Safira .  Sempat lagi aku bawak buku time tu . Then malam pergi Taraweh dekat masjid sembilang and around 10.30 ( ten and the half )  balik rumah after buat 20 rakaat taraweh and 3 rakaat witir .  Bulan ni aku plan dengan ayah aku nak solat Taraweh dekat seluruh masjid kat Pulau Pinang ni . Insyallah if takdak halangan malam ni maybe pergi masjid dekat Mengkuang :D Kalau tak hari ni maybe esok  .  Sorry , kalau aku dah curi masa hampa sebab post aku memang panjang . Thanks budak-budak kem sebab anjurkan reunion tu . Jumpa lagi after raya if tiada halangan :)

Friday, July 13, 2012

Tiga hari dua malam , Kem Bina Negara Kulim :)

 Snap gambaq sebelum pergi dewan ceramah
 Adapted from facebook Cikgu Khorwi .  Ni muka-muka group 1
Dari belakang : Aiman , aku , Ali , Zorro , Iz
Depan : Amylia , Wawa , Shuhada , Yaya , Aishah , Nonie , Alif 
 Candid laa sangat , haha , ni time kira tentang perbelanjaan sekolah dari form 1 sampai sekarang 
 Muka tak cukup tidoq, terseksa duduk dalam kem tu tapi seronok
Candid pic yang yaya snap ,  time ni kasut aku kena lumpoq ,  dok cuci dengan daun kering, haha

Hey Assalamualaikum and hello and good morning and ni how ma and vanekaam

Hari rabu haritu, aku pergi kem dekat Biro Tatanegara Kulim or as known as Kem Bina Negara Kulim .  Duduk dekat situ memang best , macam-macam kami buat .  Tapi dah jadi macam tersesat dekat kem tentera dah  .  Jurulatih tegas sangat  :)  tapi jurulatih best . Hari-hari mesti kawat , lepas tu mula laa jurulatih dok marah-marah tapi lepas tu dia gelak --'    .    From 11 July sampai 13 Julai  .  Dorm aku nama Tun Abdul Rahman Limbong ,  memang betul-betul sebelah dorm perempuan .  Tapi ada zinc tinggi punya halang permandangan , hahahha.  Members kem ni :  SMK Mengkuang , SMK Seberang Jaya and SMK Taman Inderawasih

Day one :  Hari ni hari rabu , aku and gang-gang aku pergi sekolah macam biasa dulu .  Then , masuk kelas macam biasa . Hari rabu Kokurikulum ,  so ,  memang dah takdir ,  pagi tu hujan . Sebab tu,  silat duduk dalam kelas ja . Then , activity kami main goreng pisang 0_0  .  Boys lawan dengan girls  .  Bila boys kalah macam-macam girls bagi hukuman pumping laa and etc  .  Then, after habis waktu kokurikulum ,  balik kelas belajar seperti biasa . Sempat la sat aku belajar Sejarah and English .  Pukul 11 macam tu balik rumah , kemas-kemas bag and siap apa yang patut .  Pukul 12.30 pergi sekolah balik .  Janji bas nak datang pukul 1 last-last bas datang pukul 2 --'   .  Bertolak laa kami pergi SMK TI ( Taman Inderawasih ) . Sekolah tu naik bas sekali dengan sekolah aku . Mula-mula depa naik budak sekolah aku semua senyap jaaa, tapi time balik dah lain .  Aku kenal budak sekolah tu  salah sorangnya Iz budak group aku .  Around 3 something ,  sampai dah kem tu .  Tempat memang strategic . Masuk-masuk lalu depan jerat cina .  Bas masuk sikit jaa lebih kurang 300 meter, sampai tempat camp tu .  Masuk-masuk terus pendaftaran .  Jurulatih sumpah aku cakap, aku takut dengan depa .  Jerit sebijik macam askar  ( sebab dulu depa askar kot , cikgu aku cakap la )  .  Masuk-masuk depa tanya " dah solat ke belum? "  Kami kena lari pergi surau and solat .  Zohor time tu and aku jadi imam .  Time taklimat pendaftaran tu kami tulis laa nak dorm mana,  apa activity yang akan kami buat , apa peraturan ,  and so on .  Kami makan malam pukul 6.30 dekat camp tu  . Makan memang best , 6 kali sehari  .   After habis taklimat ,  kami balik dorm sebab nak kemas-kemas semua .  Then petang tu , kami pergi canteen sebab nak makan .  Dekat situ semua straight and berdisiplin  .  Before makan,  kena tunggu semua sampai dulu . Then kena pakai kasut no slipper nor flipper , haha.  Before makan kena baca doa and ketua bahagian makan kena sebut " kawan-kawan mari makan " and kami kena balas "terima kasih " sambil dok bye bye kat makanan tu .  After that semua pergi bilik mandi sebab nak mandi . Kolah memang  besaq .  Okay , nak tahu kami buat apa dalam bilik mandi tu ?  Kami main ayaq dengan lawan buli orang dengan ayaq .  Bila budak-budak Seberang Jaya mai ,  budak Inderawasih tak berani nak mai .  Memang best la main ayaq sampai banjir lantai bilik mandi tu .  Kalau kantoi dengan jurulatih , habis laa kami  .  Main laa ayaq dari pukul 6 sampai 7 lebih .  Siap-siap then pergi surau sebab nak solat maghrib .  Aku dengan budak sekolah aku semua lengkap berbaju melayu and berkain pelekat  .  After that ada tazkirah dari ustaz Jaafar Samak  . Ustaz the best , ceramah best .   Dia sanggup bagi hadiah rm100 kalau kami semua dapat jawab soalan dia " bagi tiga kebaikan rokok "    jawab lekaih  ,  kalau ada jawapan aku pun sanggup bagi  . Kami duduk situ sampai isya'  then terus balik dorm sebab nak bersiap-bersiap nak pergi dengar ceramah 1 oleh Cikgu Zainuddin ( bekas guru sekolah aku and now dia mengajar dekat SMK Mengkuang )  .  Habis-habis jaa ceramah dia , terus pergi minum malam . Pinggan and cawan semua kena cuci sendiri , kalau tak cuci akan dapat habuan nanti .  Kami kena balik dorm before 12 sebab arahan kena tutup lampu .  So, pukul 12 tu tutup laa lampu tapi kami tak tutup mata lagi .  Dok main dalam dorm .  Firdaus and Mike main scrabble .  Shahrul gayut kat tempat sidai kain , memang tempat tu jaa dapat coverage line untuk maxis .   Tu pun satu bar .  Aku , Ismi, kerol, Haziq, Amirul , Ali , Din duduk dalam dorm dok sembang .  Dapat katil dua tingkat .  So, tiga katil tu kami rapatkan  .  Then tujuh orang kami duduk kat tingkat atas katil bersembang .  Bersembang macam-macam laa .  Pukul 1.30 ,  kami lari keluaq sat , ronda-ronda . Ramai budak laki tak tidoq lagi and girls pun tak tidoq lagi .   Pukul 2 semua lari masuk dorm ,  tapi jurulatih memang tak dak buat rondaan .  Pukul 2 lari masuk dorm kami tak tidoq lagi . Yang dah tidoq Ismi, Shahrul , Firdaus and Mike .  Kami lagi 6 orang duduk atas katil tingkat atas then bersembang pasal kenangan manis laa, pahit laa, pendapat pasal kem tu and macam-macam .  Around 3 macam tu baru laa aku tidoq ,  tiga katil kat bawah tu aku dengan kerol jaa tidoq , memang luas laa .  Sebelum tidoq siap kareoke lagi

Day two :  Haziq bangun pukul 4.30 and kejut semua orang .  Din , Amirul , Kerol , Ali tak bangun lagi . Firdaus p bilik mandi ambik ayaq ,  memang kena renjis dah laa .   Dah laa keliling bukit ladang kelapa sawit , sejuk gilaa . Well, kem ni ajar untuk berdikari , kalau duduk dekat rumah sah-sah dah pukul 11 or 12 baru bangun . kn ? haha . Kul 5 semua pergi bilik mandi main ayaq dulu, :)   .   Around 5.30 semua lari masuk dorm tukaq baju sebab sirent dh bunyi .  Takdak nak pakai kain pagi tu sebab sejuk gilaa.  Duduk laa dekat surau tu solat subuh and dengar tazkirah sampai pukul 6.45 . After that , kena balik dorm and tukaq pakaian sukan . Hari ni kena kawat --'   .   Duduk dekat depan bendera tu kena jadi askar jaa . Jurulatih hari ni En. Jalaludin bin Abdullah . Best dia ajaq kawat sebab dalam tegas-tegas dia ada lawak jugak .  Kawat laa kami semua and nyanyi lagu negaraku until kul 7.30 . Then ,  pergi breakfast , mee goreng .  Lepas tu balik dorm p mandi sat . Main ayaq lagi , hahaha .  kul 8.30 kena pergi dewan sebab program ice breaking .  Dalam tu macam-macam activity dok ada .  Just perlukan satu benda jaa "focus"  .  Macam ayat aku buat laa "FUCK"  "Fokus Untuk Capai Kejayaan"  .  Fasilitator semuanya best .  Last sekali bahagikan group . Aku masuk group 1 and fasi aku En.Abdul Khorwi Puteh .  Dia best gilaa, kaki sakat orang .  Dia cakap apa semua dia betul , kami semua salah  :D haha . Antara benda dia cakap " nak jadi ahli USM atau pelajar USM "  sapa pilih ahli tu memang keja mulia laa sebab USM " Unit Sembahyang Mayat "  . " Sebelum turun bus kena buat apa ? "  Mesti laa kena naik dulu, kalau tak macam mana nak turun . Apa beza ayat "Lu banggali " dengan    " Lubang gali" . hahaha . "phd"  Pandai Habis Darjah , nampak dekat ayah aku habis laa sebab dia phd .  "Demokrasi" Dimahukerasi . Macam-macam lagi laa yang dia dok cerita , best . 1+1 bersamaan berapa ? Jawapannya tingkap . Nak tahu jawapan ? pandai-pandai laa cari aku dekat facebook or twitter . Pukul 1 kami semua pergi makan , tapi ni makan dalam group pulak .  Nasib baik Ali dalam group aku , at least tak segan laa aku . Then semua style makan cepat-cepat  . Lepas tu , lari masuk dorm sebab nak tidoq , haha .  Kui 2 lari masuk bilik amndi main ayaq lagi . Perang ayaq laa katakan . Kui 2.15 baru aku lari pergi surau solat Zohor .   Kui 2 kena masuk bilik PKPK dah . PKPK means Penjanaan Keilmuan Peningkatan Kesedaran . Duduk laa sembang dalam bilik PKPK tu sampai kul 4.30 . Then minum petang . Aishah kena buli dengan Ali and aku , kena cuci cawan , haha , sebab kami dua nak balik dorm nak tidoq .   Last-last tak tidoq pun .  Firdaus and mike dok main scrabble ,  aku duduk atas almari baju dok baca buku Physics . Then jurulatih mai, kantoi laa, haha .  Nasib baik dia buat lawak jaa " patut laa almari dekat kem ni selalu rosak ,  dapat budak macam hampa la sambil dok gelak "  .  Terus lari pergi tempat depan bendera .  Kawat lagi time ni . Ni extreme  punya kawat sampai kulit aku terbakaq . Tapi terbakaq tang hidung jaa --' Jurulatih kawat kali ni En. Md Najib bin Hj. Sham .  Dia mula-mula serious but lama-lama timbul laa lawak dia , haha . 

Friday, July 6, 2012

Sharing is caring :D

Hey assalamualaikum ,  today aku nak share karangan yang aku tulis dekat cikgu aku and aku dapat A+ dalam karangan ni .  Hadiah terakhir laa for my teacher sebab lepas ni dia pergi sekolah lain kot .

Punca Pembuangan bayi [ karangan panjang ]

Pada zaman pascakemerdekaan ini , masyarakat dunia lebih mementingkan urusan pekerjaan berbanding dengan urusan berkaitan kekeluargaan . Hal ini wujud kerana mereka lebih mementingkan wang daripada keluarga. Hal ini samalah diibaratkan seperti "yang dikejar tak dapat , yang dikendong keciciran".

Tambahan pula, didalam kontek yang berkaitan dengan Islam, hanya terdapat tiga perkara yang akan dituntut selepas mati iaitu sedekah amal jariah, doa anak yang soleh dan pegangan tauhid yang betul.Oleh itu, ibu bapa perlulah memberi tumpuan dan didikan yang mencukupi terhadap anak-anak mereka supaya mereka dapat menjadi anak yang soleh . Namun, perkara tersebut boleh dikatakan hanyalah berlaku separuh sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia pada zaman sekarang . Pihak yang terlibat seperti Kementerian Keluarga dan Masyarakat hendaklah menganjurkan program seperti bimbingan dan kaunseling kepada masyarakat supaya gejala sosial seperti pembuangan bayi dapat diellak bagi menjamin kebahagian, keamanan dan keharmonian masyarakat setempat . Justeru , setiap agama seperti agama Kristian , agama Buddha dan agama Hindu sudah pasti menekankan tentang unsur kekeluargaan seperti yang tertera didalam kitab Bible , kitab Veda , kitab Ramasakti dan kitab Tripitaka . Sebagai rakyat Malaysia yang menggutamakan keharmonian, kita perlulah menghormati budaya dan agama bangsa dan kaum lain demi menjaga kesinambungan hidup bermasyarakat dan keharmonian kaum . Maka, dengan ini, barulah konsep "satu Malaysia" dapat diwujudkan dan kemajuan negara akan tercapai dan ini akan diteruskan dengan prasarana yang telah dirancang oleh Perdana Menteri iaitu mencapai Wawasan 2020 . Demi mencapai wawasan tersebut, kita mestilah membendung segala gejala negatif seperti kes pembuangan bayi. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak punca berlakunya kes pembuangan bayi pada zaman sekarang.

Antaranya ialah tidak diberi tumpuan yang sepenuhnya oleh ibu bapa di rumah . Seharusnya, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dan memantau segala gerak geri anak-anak mereka sama ada di rumah mahupun di mana-mana sahaja mereka berada. Hal ini juga boleh dikaitkan dengan segala urusan ibu bapa. Ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan sendiri sehingga mengakibatkan anak-anak mereka terabai dan boleh menyebabkan gejala sosial seperti kes pembuangan bayi berlaku secara berleluasa. Selain itu, ibu bapa di rumah lebih menekankan budaya barat berbanding dengan budaya Melayu yang telah diamalkan sejak dahulunya lagi oleh nenek moyang kita. Namun, hal ini hanyalah dipandang ringan oleh masyarakat kita terutamanya golongan yang lebih menumpukan perkara berkaitan duniawi berbanding dengan akhiratwi. Hal ini samalah diibaratkan seperti "melepaskan batuk di tangga ". Tambahan pula, terlalu ramai ibu bapa pada zaman ini mengajar anak-anak mereka tentang perkara yang salah dan melakukan perkara yang melampaui batas syarak . Seperti yang kita tahu, perkara ini samalah seperti " ketam mengajar anaknya berjalan".

To be continue , tak larat nak menulis

Monday, July 2, 2012

Walahuallam , only God knows


Hey peps and Assalamualaikum . Today just saja je nak buat article about kiamat . Well, as you all can see ,  banyak dah tanda-tanda nak kiamat .  Bertaubatlah sebelum pintu taubat tertutup .
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Rabb-mu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam Surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang beriman yang bersamanya, sedangkan cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan, ‘Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu. [At-Tahrim : 8] 

Fakta 1-
Hadis
1. "Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan berlaku   2 Gerhana berturut-turut pada bulan Ramadhan.." (Ibn Hajar Al haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al mahdi Al Muntazar)
Hadis 2. "Akan ada dua gerhana matahari di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al Mahdi." (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)  
Hadis 3. "Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang, bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan." (Diriwayatkan oleh by Abu Nu'aym dalam al-Fitan)

Hadis 4. "Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan
 dan gerhana bulan di akhirnya." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37)
Berikut adalah peristiwa dua gerhana yg pernah direkodkan di bulan Ramadan 

Ramadhan 1981
 
1.       1st Ramadhan – 2nd July Thurs
2.       Lunar Eclipse Ã 16nd Ramadhan (July 17nd Fri)
3.       Solar Eclipse Ã  30nd Ramadhan (July 31st Fri) 

Ramadhan 1982
 
1.       1st  Ramadhan (22nd June Tues)
2.       Solar Eclipse Ã  30nd Sa’aban (June 21st Mon)
3.       Lunar Eclipse Ã  15nd Ramadhan (July 6th Tues) Ramadhan 2005 
1.  1st Ramadhan – 05rd Oct Thur
2.  Solar Eclipse Oct 03st Mon (29 Sa’aban)
3.  Lunar Eclipse Oct 17th Mon (13 Ramadhan) - 
         Berdasarkan  Hadis 1 dan 4…. Gerhana pada Ramadhan 1981 lebih bertepatan dgn maksud.  Dan jika hadis tersebut dimaksudkan dgn kelahiran Al Mahdi… maka adakah 1981 tahun kelahiran beliau? Dikhabarkan zahirnya beliau ketika berusia 40 tahun..maka tahun zahirnya Al Mahdi pada 2021(40+1981)..wallahualam. 

Fakta 2 – Hadis
 

Sebuah hadith dari An Nuwas bin Sam’an menyebut:

“Kami bertanya:”wahai Rasulullah,berapa lamakah tinggalnya Dajjal dimuka bumi ini?”. Baginda menjawab:” Empat puluh hari, (dimana) satu hari diwaktu itu menyamai setahun, satu hari seperti sebulan, sehari sebagaimana satu Jumaat, semua hari (waktu itu) sama dengan hari-harimu (sekarang ini)” Kami bertanya lagi:”Wahai Rasulullah, sehari yang menyamai setahun itu adakah cukup solat dengan sekali saja dalam sehari?” Baginda menjawab:”Tidak, hendaklah kamu perkirakan (solat itu) untuk satu hari itu sesuai dengan ketentuannya yang berlaku 

Jika di nisbahkan hari pertama seperti setahun bersamaan dgn 1000 tahun, maka sebulan bersamaan dgn 83tahun, seminggu bersamaan dgn 21 tahun.
Dajjal disabitkan dgn usahanya menghancurkan Islam. Samaada Dajjal sebenar, Dajjal palsu, pengikutnya, sistemnya, falsafahnya…semua ini dikategorikan sebagai Dajjal. 
Tahun pertama(~1000tahun) 900-1924masehi.
Kedatangan Dajjal  tahun pertama  dapat dinisbahkan kpd MISI Dajjal menghancurkan pemerintahan khalifah.  Andalusia hingga ke Othmaniah. 
Tahun kedua (~83 tahun) 1924-1999masehi.  Dunia diperintah dari USA melalui PBB dgn penerapan sistem baru kehidupan menggantikan sistem Islam di bidang Politik/Sosial/Pendidikan/Ekonomi. 
Tahun ketiga (~21tahun) 1999-2020masehi – Pemerintahan dunia diperintah dari Israel  dgn menggunakan USA sebagai proksinya.  (Bush istiharkan New World Order pada 1999) 
Tahun keempat 2020 masehi (1999 +21) – 2020 adalah tahun zahirnya Dajjal.
Tahun zahirnya Dajjal lebih kurang tahun zahirnya AlMahdi. Fakta 2 hadis diatas MASIH mensasarkan kedatangan 2 manusia akhir zaman ini pada 2020-2021 ?... wallahualam  

FAKTA 3 – Hadis
 

Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].

Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas.  Sabda Rasululullah SAW; “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”,(Rasulullah diam dan kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kami..??”, beliau SAW kemudian menjawab : “Dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!” (Sahih Al Bukhari)
 

Kerajaan Arab Saudi secara rasminya di tubuhkan pada 1932.

Khalifah2nya adalah seperti berikut :
 
1932-1953 : Abd Aziz as-Saud
1953-1964 : Saud ibn Abdul-Aziz Al Saud
1964-1975: Faisal bin Abdul-Aziz Al Saud1975-1982 : Khalid bin Abdul Aziz
1982-2005 : Fahd Bin Abdul Aziz
2005-now : Abdullah bin Abdul-Aziz Al Saud 

Perebutan takhta khalifah dikhabarkan akan berlaku selepas pemerintahan Raja Abdullah. Beliau adalah Raja Saudi tertua (81thn-2005) yg pernah dilantik dilaporkan gering. 
Raja Arab Saudi menyerahkan tugasnya kepada Wakil Perdana Menteri Nayef bin Abdul Aziz yang juga Menteri Dalam Negeri Arab Saudi.Bilik Berita Alborz mengutip laporan Islam Times melaporkan kematian Raja Abdullah bin Abdul Aziz. Berdasarkan laporan tersebut, Raja Abdullah beristirahat di Maroko. Saat itu, keadaan Raja Abdullah sakit berat dan meninggal dunia setelah terkena serangan jantung. (IRIB/Farsnews/AR)
World Tribune menulis, sumber-sumber oposisi negara ini menyebutkan bahawa Raja Abdullah meninggal dunia di salah satu rumahnya di Maroko. Sementara itu, Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Saud al-Faisal, pada hari itu juga, menyebutkan bahawa Raja Arab Saudi berada dalam keadaan baik.
Berita tentang Raja Abdullah penuh konspirasi dan kebenarannya. Mengapa ? 
Disenario yg lain pula, setelah kematian Raja Abd Aziz..perebutan takhta telah pun berlaku diantara Raja Saud dan Raja Faisal sehingga membawa kepada terusirnya Raja Saud ke Greece dan Raja Faizal di tembak mati diakhir pemerintahannya dan menyaksikan Raja Khalid menaikki takhta. Setelah kematian Raja Khalid akibat sakit, yg kemudiannya diganti oleh Raja FAHD. Pada 1982 menyaksikan huru-hara yg berlaku di Masjidil Haram yg menelan korban 200 org. Kerajaan Saudi ketika itu menerima tekanan yg kuat drp Negara Islam lain diseluruh dunia. Raja FAHD dilihat akrab dgn USA(peperangan Kuwait/Iraq) dan ISRAEL(perjanjian Camp David).

 
Adakah perebutan kuasa itu disabitkan selepas  kematian Raja Abdullah ataupun Raja Abd Aziz ? Jika perebutan kuasa itu bersabit selepas kematian Raja Abd Aziz dan  berlakunya huru hara di bumi Mekah pada 1982 sepertimana dimaksudkan hadis, maka, tahun 1981 atau 1982 lebih tepat menjurus kpd kelahiran Al Mahdi… 

Dikhabarkan Al Mahdi  muncul diusia 40 tahun maka 2021 adalah tarikh kemunculan zahirnya----wallahualam

In fact ,  Hanya Allah yang maha Mengetahui segalanya .  Aku just menulis based on pengetahuan aku and ada laa sedikit sumber-sumber dari buku .

Fakhola Rasulullah s.a.w. : 
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.  
~ Wallahulam~

Saturday, June 30, 2012

Merapu, gurau senda , fact ;)

Hey and Assalamualaikum . Once again aku update post yang kedua for today . Tiba-tiba ja ilham datang lepas aku dok tengok washer machine aku berpusing-pusing spin baju tadi .  Aku ni macam budak-budak sikit , suka tengok benda berpusing-pusing , suka tangkap rama - rama dok terbang , suka menari kalau keluaq lagu remix (B boy la konon, dulu jela, sekarang dah retired , haha) Can I give my opinion about ilmu , jerawat --'  , kahwin ,  berdikari .  Well, tengok 4 subtopics tu, for sure panjang berjela . So,  sediakan sunglass n spec korang before korang jadi juling sebab baca blog aku ni, hahaha

1 )    Ilmu :

Once people said ilmu, mesti korang terfikir genius saja yang boleh jadi orang berguna . What the hell tanggapan macam tu . Not sure yet , we can't predict our own future . Aku sanggup bagi semua duit aku if korang boleh predict korang punya future . Only allah know it .  Ilmu yang berguna bawa kemati .

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
Ilmu yang diberi kepada yang faedah . Example : korang ajaq orang tu Math , dia berjaya , insyallah pahala tu akan berkekalan hingga kiamat . As long apa yang kita buat tu ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk . But, aku kurang faham dengan dunia sekarang ni . Kita tolong sikit mula laa ada orang tu tuduh macam - macam .  Damn --'   , kita just nak tolong bagi umat Islam sendiri maju .  Bangsa seagama pulak ;)   .  That's why aku ada ajar kawan aku yang f4 and f5 add math and physics .  Ada laa juga kawan aku yang f2 tu mai tanya aku soalan math .  Math lower form susah sikit dari math upper form  .  Math f4 senang gila kecuali chapter sets and math f5 senang gila kecuali chapter matrices .  Insyallah if study boleh ja . Aku ni malas sikit , hari-hari tidoq ja . Hari tu one day before exam Chemistry , kawan-kawan aku semua pulun dok baca and tulis nota time kitorang dekat public library . Guest what , tahu apa aku buat .  Aku duduk and tidoq all day . Until pukul 2 macam tu, aku bangun pergi solat zohor then terus pergi sunway .  Balik rumah , on facebook, sampai malam then tidoq lagi , memang enjoy punya life . Esok-esok dapat paper Chemist jawab terus .  As the result , Chemist dapat 88 (highest)  , bukan nak berlagak or menunjuk , but just nak bercerita .

Aku ada rahsia study aku sendiri :D  Nak aku kongsi , okay well ada dua kaedah satu memudaratkan and satu tak memudaratkan .  We start from yang tak memudaratkan  .  Before aku study aku akan duduk bersila and baca yaasin , tu cara first aku .  Kurang-kurang kalau malas sangat nak baca yaasin tu , Al fatihah pun dah cukup . Alfatihah is called as " Ummul Kitab "  maka sebab tu la bacaan al fatihah dijadikan rukun dalam solat . Tak baca , terus batal solat kita .  Even solat jenazah pun ada bacaan alfatihah, solat hari raya pun ada bacaan alfatihah  

    Barangsiapa menginginkan hujjah (argumentasi/dalil) maka cukup baginya Al-Qur'an, barangsiapa menginginkan seorang penolong maka cukup baginya Allah, barangsiapa menginginkan seorang penasihat maka cukup baginya kematian. Barangsiapa merasa belum cukup dengan hal-hal tersebut maka cukup Neraka baginya. Allah berfirman,

"Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hambaNya?"
 (Az-Zumar: 36)


Then , second , aku akan mula tenangkan fikiran dulu , if celaru aku akan buka lagu then study balik .  Music akan menenagkan hati kita but beware ,  ada yang menyatakan bahawa if dengan music lama-lama akan ada sejenis kuman yang boleh membiak dalam liang telinga kita .  Allah always with us maka mintalah kepadanya nescaya dia akan menunaikan as long benda tu cepat ataupun lambat .  Kita meminta , Allah tak pernah minta kita balas kembali . Firman Allah didalam ayat Al-Furqan

Katakanlah: Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredhaan Allah ( AlFurqan :  57 )  

Overall, mintalah kepada Allah tu cara terbaik .  If kita bergantung kepada Allah , Insyallah hidup kita selamat and sempurna .  Now,  cara yang memudaratkan pulak .  Ingat tak post aku yang tadi aku mention tentang aku tak tido tiga hari .  Yup,  tiga hari tu laa aku habiskan masa aku dengan study and membaca .  Aku if buat sesuatu , aku akan pastikan aku buat bersungguh-sungguh sampai berjaya .  Cara tak tidur malam tu tak digalakkan sebab boleh memudaratkan kesihatan terutamanya di bahagian otak .   Our nerve cell need to relax and rest too right ?  Jangan dok kata badan jaa nak relax , saraf pun nak relax juga . Sebab tu bila aku terkena bola dekat kepala jumaat last week, aku terduduk tiba-tiba . Bila our brain tak ready lagi tiba-tiba terkena shock and impulse yang kuat sebab tu otak kita tak berfungi .  Nerve tak sempat nak hantar dekat otak isyarat tu sebab tu jadi lambat respond .  That's science form 2 chapter 1 right ?  Dah macam docter pulak walhal aku bukan nak jadi docter .  My ambition is involving Physics , calculation and Chemical  nothing related with Biology . haha .  Mai time Bio ,orang lain boleh berjaga but aku boleh tidoq . Mai time Physics orang tidoq aku berjaga . Life cycle , hahaha .

Lagi tiga opinion to be continue , haha 

3 days 2 nights








Hey and Assalamualaikum . First of all I would like to say Good Morning . First time aku update entry awai-awai pagi macam ni . Well , terjaga pukul 4.30 tadi ,  so ,  before aku study better aku upload pic and update entry dulu . Macam aku cerita dekat blog, facebook, twitter haritu, I'm trapped with my sister sebab mak ayah kami pergi Kelantan and Terengganu .  Aku tak ikut sebab aku tak mahu tinggal kelas Physics aku Jumaat haritu and kakak aku pulak sebab dia nak balik Kuala Lumpur kul 8 nanti .

Okay , sepanjang parents tak ada dekat rumah , aku la yang cuci baju and masak . Kakak aku just kemas rumah . haha, sampai sekarang aku cakap aku masak lagi sedap, hahahahah :P  eeeee, perasan gila .  Overall,  kami makan dekat luar ja .  Malam hari jumaat hari the best . Kami overnight dekat pulau  .  Until early morning on Saturday .  Activity first kami , nasi kandaq line clear . Okay, I admit , aku orang Penang tapi first time aku makan nasi kandaq line clear tu, haha . Kesiankan ?  Kami keluar dari rumah pukul 9 macam tu naik kereta ayah aku . Parents aku pergi Pantai Timur tu naik kereta mak aku .  After makan nasi kandaq tu around 10 somethings kitorang pergi Queensbay pulak . Ohh my, ramai budak 'hot'  --'  yang perasan lebih ja .  Tengah-tengah malam pakai sunglass , what the hell ?? 0_0  . Tahu la QB tu spotlight cerah sangat, hahaha :P .   Our members for today , me, my sister , Her Boyfriend and her friend .

After lepak sana , sembang punya sembang at last kami gerak pergi Kareoke pulak .  P/S : They're seducing me , haha. They said " hang hisap shisha dak ? " hahaha .  Mula laa aku nak buka bab Bio ni, shisha tak baik untuk kesihatan . Padahal kawan kak aku tu lagi pandai dari aku, haha spm 9A's .  Dekat karok tu , perghh suara depa memang 5 star la . Suara aku ja hampeh , aku la yang cakap :D  .    Around 1 pagi dah , tapi still kami tak balik-balik seberang lagi, haha .  When parents not at home , the kids will start the party . haha , as long tak langgar batas syarak cukup ;)   .  Our last destination ,  Teluk Bahang Dam , korang tahu kan tempat tu agak keras , haha . Kami memang gila , kami mana nak takut hantu , lagi cari benda tu ada la .  Kami lepak situ dari pukul 2 sampai 4 pagi .  Haha,  time duduk tu ada laa dok bercerita pasal hantu laa, kawan depa yang bekas mrsm dok buli orang la , gang-gang depa and etc , merapu ja lebih .  Then balik seberang around 5 am .  Once a year kami buat macam ni, haha .   Well , our parents know yang kami duduk situ , so , nothing will happen la .  Balik-balik aku bukan tido pun , buka mtv dulu, study Sejarah sat lepas tu baru doooom , tidoq pukul 7 cam tu , then bagi around 11 , mandi bersiap then pergi makan dekat sunway  .  Weird life right ?  Tidoq sat jaa tapi boleh merapu lebih, haha .   Pernah dulu aku tak tido tiga hari but boleh lagi pergi merentas desa ( cross country ) .  Until here only my post sebab aku nak post benda baru pulak sekejap lagi, hahaha :D 

Thursday, June 28, 2012

weird

Hey peps , assalamualaikum  and hello and annyeonghaseyo and bonjour

To be honest , I still like her although she angry with me .  In the matter of fact ,  tak boleh nak suka orang lain  . Maybe a few years or months baru boleh .  Just a stupid mistake , aku malukan dia . I'm sorry .

Yesterday aku ponteng sekolah, today merapu dekat sekolah, haha . Nasib la kan sebab sukan sabtu ni . Semua cikgu busy dengan sukan  kecuali Bio,  study about cell division and nak tahu tak , aku tidur :D Kebelakangan ni , aku rasa my tummy dah semakin boroi, haha . Oh well, I don't care orang still tak suka aku . So far , my problems alhamdulillah dah disettlekan one by one . Orang yang sabar tak akan pernah rugi .  Activity aku hari ni dekat sekolah : melawat toilet banyak banyak kali , makan , tido dalam kelas ,  meronda , angkat kawan aku and nak lempaq dia turun bawah, ajar kawan aku physics , add math and sembang .  Life macam ni bestkan ? Tak payah nak stress .  Okay , kalau parents aku tahu yang aku buang masa dengan tido, god damn ,  mampus aku, haha .

Yesterday I goes to the hospital and the doctor said " Don't be a slave to the computer but computer must be a slave to us " " Because of that you just scored 1 A+ in your exam "  ( mak aku cerita pasal result aku sebab doctor tu memang kawan ayah aku )  " If you leave your facebook, twitter , myspace , for sure you'll get a lots of A+ "  and my mama said " okay , after this no facebook . If you want , okay, for 45 minutes only  "  Alaaa, dah kena limit dah sekarang, haha .  Please jangan kutuk aku dekat twitter or facebook . Dua-dua social network tu untuk contact friends bukan untuk crate sins :D

Overall,  aku ni memang pandai belakon bodoh . I admit it ,  sebab kalau jadi terlalu terlalu bijak , orang kutuk, baik diam dulu tapi ada hasil bak orang cakap diam-diam ubi berisi bukan sekadar cakap kosong and no point .  I miss my old time .

Sometimes, 
sometimes , benda yang kita ingat terbaik tu bukan lah terbaik sangat-sangat untuk kita . But , benda yang kita ingat buruk tu lah yang akan jadi yang terbaik and terbaik diantara semua . well, life must go on shafiz :D Terus melangkah and maju ke hadapan <--- dipetik dari status facebook aku

Menangis ayaq mata darah pun takkan dapat putarkan masa dah .  Dia memang dah meluat dekat aku .  Please , aku just want to say sorry for the last time . Takkan sedap hati selagi orang marah or tak maafkan aku .  This is me , kejam-kejam aku pun ada sifat simpati .