Thursday, September 1, 2011



Yo, Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah lama aku tak update blog. Lepas orang kata blog aku boring, aku terus jadi macam malas nak mengupdate blog. Aku pown mati akal sebab tak tahu nak buat tajuk apa. Tajuk aku hari ini berkaitan tentang friendship . Korang ada kawan baik? mesti adakan? Aku pon ada jugak.
Their nama is Dore, Izzuddin, Adlina , Farhana, Shahrul, Firdaus , Mus, Farah , Ismi , Awin , Wanie & others .

Actually, semua kawan aku nie aku kenal time aku baru masuk form1 . Except wanie, aku kenal dia since standard 1 . Dulu aku tak berapa baik la dengan dia. Sekali masuk time form2 terus jadi baik. Yang lain tu aku kenal time form 2. Kenal pun sebab sama kelas. Time aku form 1 dulu, aku mana ada kawan. Aku just kenal biasa-biasa. If pergi bowling pun, pergi with Mus. If you all want to know, berat aku time form 1 84 KG if tak silap la . So, sekarang berat aku dah 57 KG. Perubahan yang agak ketara. Sekarang, kawan-kawan aku ada yang dah berpecah. Berpecah sebab bergaduh tentang hal kecil.

Malas aku nak cakap banyak-banyak. Aku harap persahabatan kita ini akan kekal hingga Bulan & Matahari akan terkeluar dari paksinya. Aku kurang pasti la yang aku akan pergi Negeri Sembilan tahun depan. If tak jadi, aku akan stay dekat sekolah tu lagi. If aku pergi pun, jangan la kita miss contact . Keep in touch ok. Insyallah kita semua akan bertemu semula di masa depan if kita terpisah . Amin!

Tengok la pic dekat bawah ini. Adakah korang masih ingat?














Thursday, August 25, 2011

Suka

Yo, assalamualaikum. Ada orang tak? kalau ada, sila la jawab. Berdosa kalau tak jawab.

Hari nie, aku baru sempat nak berbuka FB & blog . Tadi tak ada masa. Tajuk aku hari nie agak pelik sebab tajuk tu berkaitan suka . Bukan aku nak cerita tentang suka makan or tidur or whatever , tpi aku nak bercerita tentang suka berkawan. Macam pepatah orang dulu-dulu ' bercinta biar satu, berkawan biar beribu. Berjuta tak boleh erk? If boleh, sure ke korang boleh ingat setiap kawan korang punya nama. Even FB aku ada 4500+ friends pown aku dah lupa nie sampai berjuta nak ingat, mustahil! haha.

Back to the tittle , kita nie kalau nak berkawan tu biar la ikhlas dari hati kita. Tak baik if tak ikhlas. Baik tak payah berkawan if tak ikhlas. Tak ikhlas dari segi meluat or nak mempergunakan. Macam kita suka dekat seseorang tu, kita tak boleh la nak suruh dia suka kita or paksa dia. Lama-lama sure dia rimas. Bersikap rasional la korang. Apa guna if kita paksa tapi hati tak ikhlas? Tu tak akan bawa apa-apa faedah pon.

Lagipun, tak baik lah bermusuh. Kalau kita duduk dalam satu kelas or satu event tu, kalau ada orang tu musuh kita sure kita akan jadi tak seronok. Betul tak? If dalam tu, kita ibarat sebuah keluarga yang besar. If orang nie susah kita tolong mana nak tahu maybe one day korang perlukan pertolongan juga. Kalau always bermasam muka, macam mana nak jadikan hasrat wawasan 2020? haha. Bersembang pasal pembangunan Malaysia pulak =,='

Salah seorang mestilah mengalah. Tu cara yang paling bagus untuk kita berbaik-baik. Biar orang nak cakap apa pown, asalkan kita dah bermaaf-maafan. If dia tak mahu maafkan, biar dekat dia. Dekat akhirat kelak, Allah akan soal dia. Apa yang penting kita punya diri bukan dia. Siapa dekat sini suka cheese?? angkat kaki ( tak ada kena mengena dengan tajuk ) . Dekat rumah aku, punya la banyak cheese sampai muak nak makan.

Lastly, aku nak minta maaf jika terkasar bahasa or aku tersakitkan hati pihak-pihak tertentu. Maaf, saya tak berniat pon. Masa aku dekat sekolah tu pon dah nak habis. Cuma tinggal 46 hari saja lagi. Lepas ja aku habis exam, memang say bye-bye la dekat sekolah tu.

Ok, this story will end here . Bye & As-salam

Wednesday, August 24, 2011

Persediaan

Hey & Assalamualaikum semua !

Tajuk atas tu kata persediaan. Hari nie aku nak bercakap pasal persediaan nak Raya , yeay!
haha, actually, cakap pasal raya, ustazah aku ada cakap ' orang yang tak sabar-sabar nak raya tu tak beriman ' . Alaa, raya setahun jew, dpat duit pulak tu walaupun tak seberapa banyak macam korang dapat. Before aku nak beletiaq, hari nie hari aku macam biasa. Pergi sekolah, balik rumah, tidur & makan . Tu jew la kerja aku pon untuk hari nie. Tapi, aku ada la buat ulangkaji juga cuma malas jew nak tulis. Nanti ada orang kata aku nie berlagak pulak . Aku tak ada niat langsung nak berlagak or whatever. Aku cuma cakap, aku tak suka buang masa tu ja pown. Cam pak aku cakap ' we need to compete among each other if want to excel ' . Habis tu, aku pon pulun la baca buku 24 jam. Tak kecewakan mak bapak la katakan.

Back to our topic. Korang dah buat persediaan apew untuk raya tahun nie? Buat open house? If buat tu, ringan-ringan kan lah mulut anda tu untuk mengajak aku yew ^_^ . Aku pown tahun nie maybe buat open house. Aku yang buat so, aku la kena bagi semua duit dekat mak aku untuk dia nak beli barang . Every year if siapa-siapa yang pernah datang rumah aku, sure depa tahu menu family aku. Nasi ayam , laksa & macam-macam la (sorry , tak ingat) .

Macam mana dengan kuih raya korang? Dh buat? If aku la, 3 hari nak raya baru aku buat. Tahun nie agak best la bagi aku sebab birthday aku malam raya. Bukan senang nak dapat tarikh birthday macam tu. Ada kawan aku tu lagi seronok. Birthday dia time first hari raya. Pastu, apew perancangan korang after raya? sure boring lepas raya sebab aku dah nak exam . Lepas ja exam, muka aku memang dah tak wujud dah dekat sekolah tu. Lagipun, aku cuma ada 48 hari ja lagi dekat sekolah tu lepas tu terus cakap bye-bye. Aku takkan tengok dah muka ang wahai sekolah woi, tudiaa, sombong eh. Dah-dah malas aku nak bercerita pasai sekolah , nanti tak pasai-pasai aku kena dengan Lembaga Disiplin pulak.

Ok-ok, aku malas dah nak tulis macam-macam. Wait, before tu, tadi aku tertengok video yang kak aku buat pasal raya. Agak seronok la . http://www.youtube.com/watch?v=ZimGVKnyriE&feature=share . Click the link and you can see her action . haha
Bye and Assalamualaikum & wish you Selamat Hari Raya

Tuesday, August 23, 2011

Blurr

Holla & assalamualaikum alls

Before aku nak bercerita apa-apa, aku nak bagitahu yang blog aku dah cecah 10,000 readers. Thanks a lot ! Bukan aku nak kata aku nie cari publiscity murahan or what tapi, nie cuma sekadar cerita. Siapa yang suka, baca la. Siapa tak suka, just exit. Aku tak suruh pon orang benci aku. Lagipun, aku tak cari gaduh pon. hhaha.

Pergi kepada topik utama, dah dua hari aku jadi blurr. Nak tahu sebab apa? Aku terhantuk kepala aku dekat dinding. Syok tahu tak, dua kali pulak tu. Anyway, semalam aku tak update blog. Busy dengan belajar. Tak ada masa sangat nak buka Fb & update blog. So far, result exam aku memuaskan. Cukup-cukup makan. BM aku dapat 80. Cukup-cukup A. Malukan anak melayu dapat 80 jew? Tapi, tu la hakikatnya. BM susah sangat-sangat. Kalau dapat cikgu yang pemurah tu beruntung la . Tapi, kalau dapat cikgu yang 'kedekut' tapi hampa A , hampa memang cekang la. By the way, kelas aku every week akan buat exam agama. Takot kami semua x boleh dapat A. Tapi, kita kena susah dulukan baru boleh berjaya? Mana ada kejayaan datang bergolek.

Dua hari lepas, time aku with family aku pergi makan, dalam syok dok menikmati roti nan cheese tiba-tiba ada bunyi kaca pecah. Cam korang p ambik pistol & tembak cermin tebal 2.5 inchi. Rupanya ad kereta accident. Dua-dua bertembung. Cerita selanjutnya hampa tak perlu tahu kowt. Tapi, apa yang aku nak sampaikan pasal cerita pelanggan dalam kedai tu. Semua pakat dok mangkit(bangun) pi usha. Ada yang pi lari tinggal kedai konon-konon nak jadi hero la kot. Lepas-lepas ja keluar dari kedai, terus hilangkan diri. Makan free~ . Mesej yang aku nak sampaikan kat sini , tak baik la makan makanan yang tak bayar. Tak halal tu. Memang manusia tak tahu but allah tahu.

Malam tu, aku buat kerja aku macam biasa. Baca buku sambil berwebcam . Cakap pasal buku, dekat rumah aku buku aku saja dah ambik tiga almari besar tu. Tahun depan aku tak tahu nak bagi at siapa. Kerja aku memang pelik. Malam-malam selalu aku tak tidur & aku mula la akan baca buku Math or buku-buku lain. Subjek paling-paling aku suka, Math & Add.math. Kegemaran tu. Mesti korang kata aku nie over reacting atau papew. Aku bukan nak berlagak or what ever. Aku just 'bercerita' . Maybe hampa boleh share story gak.

Semalam aku ponteng sekolah. Syok, duduk dekat rumah boleh tidur lama-lama. Tidur p la smpai pukul 3 ptg. Tak ada orang nak marah . Aku tak pergi sekolah tu bersebab la. Bukan aku sakit or malas =,=' . Aku tak pergi sebab aku lupa nak beli bendera malam tu. Lagipun, Aku terlupa aku letak mana kerja sekolah aku. So, aku pown mengisytiharkan bahawa esok cuti. yeay! Aku duduk rumah pown kena belajar cam kawan-kawan aku dekat sekolah.
Aku nak bagitau juga, aku rindu sekolah rendah aku actually. Sekolah menengah nie sometime bagi aku sedih. Time sekolah rendah dulu, happy-happy ja.

Aku cuma ada lagi 90 hari saja lagi dekat Penang lepas tu I'm out from Penang. Den nok jadi orang nogori lo kata kan. Jumpa-jumpa nanti terus koban nogori . haha. Aku pon malas nak fikir-fikir sal sekolah menengah nie bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih. Aku rasa ramai orang happy kot if aku pergi negeri sembilan tahun depan. Aku kan dibenci ramai. Aku tak kesah pon nak benci aku atau tak. Tapi, aku dengan hidup aku la. haha. Asalkan SPM buat ok,

Aku rasa cukup dah kot untuk hari ni, nanti Insyallah aku akan update pasal aku buat pizza. Time aku pown nak habis dah. Sehari, mak aku bagi masa on 2 jam ja. Lastly, sorry la if ada terkasar bahasa. Aku tak berniat pon nak kutuk siapa-siapa. I'm just with my own way. Maaf if percakapan aku ada telor Penang sikit . ( Telor = loghat ) sumber: Kamuih dewan dan Pustakaq. Farewell, as-salam

Monday, August 22, 2011

Pelik

To anonymous ,

Before that, Assalamualaikum . As a muslim , no matter we are anemies or friend , we need to bagi salam.

Agak pelik la bila aku cakap something aku cerita dekat orang lain tiba-tiba orang yang tahu. Pelik kan? Tapi tu la hakikatnya. Hakikat sejak dari azali lagi . Setiap kali aku cakap apa, sure orang lain yang akan tau. Aku tak tau la if ada orang belot kat aku or what. Tapi, ada kadang-kadang tu aku tak cakap pown tapi, ada orang bawak mulut yang aku nie dok cerita macam-macam. Itu dipanggil fitnah. Aku sekarang dah tak mau cakap banyak dah dekat sekolah. Masa aku dekat sekolah tu pown dah suntuk. Tahun dopan den pogi Nogori. Yeay! Tak nampak dah la orang - orang yang suka bawak mulut tu. Lastly, ambik la kalau sapa-sapa yang terasa. Ak tak berniat nak kutuk tapi, jangan la dok bawak mulut sangat, tak baik. Bye

Saturday, August 20, 2011

Percakapan I love you

Assalamualaikum wahai pembaca-pembaca sekalian
If you are not a muslim, I just want to say hello

Tajuk aku hari ini pasal I love you. Sah-sah yang aku takada keja hari nie. Memang pown, dok tunggu nak keluaq ja sekajap lagi. But, before nak keluar, mesti update dulu. Memang kita sekarang dok tengok kat keliling kita, couple-couple semua dok I love you sana I love you sini. Actually, I love tak semestinya cakap dekat orang saja. Cekap dekat pokok or kucing pown takpa. Try korang p cakap I love you dekat kucing. Kalau dia cakar korang tu tandanya dia love korang juga la.

Aku juga suka cakap I love you dekat buku aku. Pelik kan? Mai-mai duduk sorang at public place, cakap I love You dekat buku sure korang jadi tumpuan ramai. tak caya korang try cuba. Pi starbuck ka, Macdonald ka, tak pown pi nasi kandar. Duduk buka buku & cakap kuat-kuat I love you for sure orang takkan duduk dekat dengan korang. Lagipun, cakap I love you dekat buku elok. Dapat berkat.

Kalau korang ada kawan baik, tak salah cakap I love you. Kalau korang tengok kawan-kawan perempuan aku, depa asyik-asyik cakap I love you sesama depa. Tapi, kalau laki with laki tu agak pelik la. Korang jalan-jalan with kawan korang tiba-tiba salah sorang depa cakap I love you. Sure pelik + takot gila-gila. Pastu pasti korang dicop 'gay' . haha.

Selain dari cakap dekat awek, pokok, kucing, buku or kawan-kawan, korang boleh cakap dekat parents korang. Mesti la kena cakap right? Sebab depa la yang membesarkan korang sampai korang boleh baca blog ak, ^_^ . Aku pown selalu cakap macam tu dekat mak aku. Dekat bapak aku jarang-jarang, macam pelik bila cakap. Aku pown takada awek, buat apa nak cakap I love you.

So, cakap saja lah dekat sesiapa saja yang korang sayang & sempena nak raya dah nie, Ak nak cakap Selamat Hari Raya Aidilfitri .


Raya yeay raya

Assalamualaikum , salam sejahtera & a very good morning to all readers


Tajuk aku hari ini agak awal la kalau nak dikatakan. Hari nie aku nak bercerita pasal raya. Korang macam mana raya tahun nie? Dah prepare semua? If you don't, cepat-cepat la preparekan. Sempena raya kita pown nak dekat dah. Aku nak mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua orang yang menyambut kedatangan syawal .

Cerita pasal raya, korang ada buat kuih raya? Aku pown akan buat kuih raya tapi lambat sikit la sebab takada masa nak buat. Nak update blog pown curi-curi masa ja. Insyallah kalau aku buat kuih raya, aku akan publish pic tu dekat blog aku nie walaupun aku tahu tak ramai yang baca.

Time hari raya nie la syok kn? Dapat bermaaf-maafan. Sambil tu, boleh dapat duit raya if korang tu tak kahwin lagi. However, aku layak lagi dapat duit raya tahun nie sebab aku tak kahwin lagi. Haha, gf pown takada. Sebenarnya , istilah duit raya nie berasal dari budaya India right? kn aku silap tolong perbetulkan. Setiap tahun rumah aku memang takkan miss la buat open house. Insyallah aku akan jemput semua kawan-kawan aku.

If korang tu student Malaysia yang study at UK, sure rindu family kalau takboleh balik. Mesti time buka lagu raya mesti menitis air mata. Kalau belajar at Indonesia or Singapore tak apa lagi sebab dekat. Nie UK , 13 ribu batu. haha. Actually la kan, aku tak tahu nak tulis apa, sebab tu la melarat sampai ke student UK nie semua. Apa-apa pown, terima kasih juga la sebab sudi membaca.

Every year, kalau raya tanpa bunyi merecun mesti tak sah. Aku sendiri pown takot nak main merecun. Bukan nak kata aku nie pelik but, aku memang tak suka. Buat bising ja. Cakap pasal merecun, teringat kisah time aku kecik dulu. Dulukan, aku suka duduk main-main dengan budak dekat kawasan rumah aku. Malam tu, tak silap aku 17 ramadan kot, kami semua buat taraweh 8 rakaat ja. Time tu kecik lagi. Tapi laa nie wat 23 la. Sambung-sambung, time tu, kami semua pakat(bahasa penang) nak main merecun bola. So, malam tu, kami bawak sorang 5 biji merecun. Nak dijadikan cerita, kawan aku sorang tu terbakar merecun. Time tu masjid tak siap lagi, surau lama masih beroperasi. Bab nie lawak + gila sikit. Kawan aku terbaling dalam surau tu, time orang dok baca doa ( nie kisah benar bukan direka) . Takkan tok imam tu termelatah & terkejut. Lepas ja baling tu, tok imam tu terstop baca doa. Time tu, kami operasi melarikan diri la . Kalau tunggu, sure kna penanjai dari tok siak surau tu. haha. Tu la kisah puasa aku dulu-dulu. Tapi sekarang kawan-kawan aku tu dah pergi sekolah hebat-hebat. Aku saja yang tak maju-maju lagi. Insyallah tahun depan kot. Kalau ada rezeki.

Aku memang rindu time dulu-dulu. Time tu pown, aku still terlebih comei. Berat 88kg. la nie dah turun bnyak dah 59kg ja , haha. Serious, aku tak ada rahsia nak kuruskan badan. Aku makan sama la jugak. To kawan-kawan lama aku yang baca, sure hampa tau ceriyta nie. Apa-apa pon, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf if aku ada buat salah apa-apa .