Thursday, November 1, 2012

tak ada tajuk























Hey assalamualaikum .  Memang jarangkan aku update blog sekarang . Well, life agak busy dengan macam-macam masalah , kerja , study and so on . Makin tua , makin banyak kerja . Aku ingat makin tua makin boleh relax . Ternyata tanggapan aku itu salah dan sememangnya tak boleh diterima pakai . By the way , aku nak bangga diri sekejap sebab aku dengar cerita ada orang buat aku sebagai idola depa  ( angkat tangan letak dekat bahu sambil mata tengok atas ) hahaaha . Well, life getting hard . Susah nak digambarkan . Bila korang sampai umur aku , korang tahu lah . Dah la pegang jawatan as pengawas kanan sekolah , pengerusi silat , naib pengerusi kelab Kemahiran Hidup , Setiausaha Bowling . Memang macam-macam kerja aku kena buat .

Sorry to say , entry aku memang panjang-panjang . Right ?? Dari dulu aku suka menulis panjang-panjang sampai dalam exam pun aku boleh bagi sampai 1000 lebih patah perkataan dekat cikgu aku dalam karangan . Pandai-pandai bajet masa la time exam and pandai pilih pen untuk menulis .  Cari mata pen yang paling licin supaya dapat menulis dengan cepat .  Alah , bagi tips pulak dekat sini . At least junior-junior aku dapat laa ambil tip ni . aku still teringat dialog cikgu ganti physics aku dengan kawan aku Fer Douz

Cikgu : Ehh , dalam kelas ni sapa yang pandai bab2 pendrive , external ni ?
Fer Douz : Tu pengawas yang dekat belakang yang tengah tido tu ( kebetulan aku dok susun kerusi n tidoq time tu)
Cikgu : ohhh , dalam kelas ni sapa yang scored physics time mid year hari tu ?
Fer Douz : Tu pengawas yang dok tido dekat belakang tu 
Cikgu : Ouhh , ya kaa ? Macam tak pecaya jaa 0_0 . Sapa yang top dalam kelas ni selalu 
Fer Douz : Selalunya Samantha Ng & pengawas yang dekat belakang tu laa yang tengah tido tu 
Cikgu : Ya kaa? Macam tak percaya ja yang pengawas tu top dalam kelas , kalau samantha saya percaya lah 

In conclusion , apa salahkuuuu ??? hahaha . Saya jenis relax laa cikgu . Btw , pengawas tu aku lah yang kebetulan telah pengsan kerana bosan yang teramat dalam kelas

Aku memang jenis relax laa . Tak suka nak pulon pulon ni bak orang kata diam-diam ubi berisi .  Aku siap susun empat kerusi tadi and tidoq dengan pengsannya tanpa menyedari sebarang perubahan di sekeliling aku . Motif aku tulis dialog tu bukan nak bangga diri . Just nak share .  Nak menggambarkan ciri-ciri aku dalam kelas macam mana .  Sapa duduk satu kelas dengan aku , depa tahu lah macam mana . Kalau tak nyanyi tu , tak sah . Nampak ja diam , bila duduk sorang-sorang mulalah nak menggila .

Ouh yaa , to my classmate or friends ,  29,30 nov , 1 , 2 , 3 Dec aku akan pergi Singapore . Insyallah aku bawak balik buah tangan , haha , tu pun kalau ingat :P  Nak jumpa kawan-kawan aku dekat Singapore time tu , hey friends lets meet up :) . Kawan-kawan aku banyak dok pergi kerja . Aku tak boleh , memang sentiasa busy tapi pergi Sunway tu wajib , hahahahaha . 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 ,22 ,23 Dec aku pergi Beijing pulak , winter holiday .  Then , 25 Dec Singapore again dengan sepupu pulak . Haihh , memang busy aku time cuti ni . Cuti-cuti lah tapi badan still kena jaga . Benda paling sensitive bagi aku adalah size badan , hahahaha . So , cuti ni aku kena lah jogging jugak walaupun aku hari-hari malas . Study pun study gak aku mula study Maths and Physics for matriculation . Memang seronok , lagi senang dari spm . Life must go on and aku rindu seseorang capital N , hahahaha .

Last sekali , aku nak bagitahu esok 2 Nov aku pergi camp dekat Monkey Beach or lebih dikenali sebagai Pantai Kerachut . Aku pernah pergi dah dulu tahun 2008 . Nice place to visit and banyak penyu . Comel-comel pulak tu .  Oh kayy , actually gambar-gambar dekat atas tu tak ada motif pun , haha . Yang tu gambar-gambar time raya haji hari tu with friends and my kakak dan time tu kami dok main light ray sat guna lens 300-55 aku ada gambaq lens dekat atas tu , pandai-pandai tengok lah .  Paling-paling last, " Kami memang suka lepak Starbuck dan  kami suka coffee situ "  .

Last question , kenapakah siput babi jalan lambat ???



Mesti hampa nak kata sebab dia tak ada kaki  :)










Jawapannya , sebab siput tu tengah berfikir sama ada dia siput ataupun babi sebab nama pun "siput babi "


Jazakallah , Barakallah , Terima Kasih , Nandri , Kamsia , Thank you ,
gamsahabnida , merci , koszonom , spasibo  ( dah dah bahasa ni ja yang aku boleh cakap )

Sincerely,

SHAFIZ

Monday, October 22, 2012

facts








Here some facts about me that's you guys can get closer to me :
  • Seorang yang penyabar pada awalnya 
  • Seorang yang hot tempered apabila ada orang cari pasal
  • Paling tak suka ditipu
  • Seorang yang hargai masa
  • Seorang yang tepati janji
  • seorang yang amanah
  • Seorang yang jujur
  • Seorang yang garang apabila mengajar
  • Seorang yang berhati lembut
  • Seorang yang skema pada asalnya tetapi pada dasarnya dialah mastermind 
  • Pakar dalam calculation (addmath , phy , math ) & Sejarah
  • Seorang yang pemalu
  • Seorang yang senyap 
  • Seorang yang suka bertindak sebelum bercakap
  • Seorang yang suka berfikir panjang 
  • Seorang yang pantang dicabar
  • Suka menyanyi sorang-sorang
  • Seorang yang tegas 
  • Suka berjalan dengan pantas
  • Seorang yang humble 
  • Hormat Guru
  • Hormat Rakan 
  • Pemalas 
  • Seorang yang benci ditipu 
  • Seorang yang benci dipermainkan
  • Suka makan apabila sedih
  • Suka bangga diri apabila dipuji
  • Suka memberi kejayaan kepada orang lain
  • Suka mengajar kawan-kawan add math 
  • Suka tengok orang atas bawah
  • Seorang yang cerewet 
  • Seorang yang kedekut kecuali untuk beli buku 
  • Suka stress 
  • Suka fikir banyak sampai pening dan muka merah 
  • Suka kucing 
  • Suka tengok kasut orang
  • Suka tengok langgit 
  • Suka tunduk apabila berjalan
  • Apabila bercakap,  tak berani memandang mata orang tersebut 
  • Suka menulis
  • Suka membaca
  • Suka bercerita
  • Suka melihat
  • Suka mendengar masalah orang
  • Suka berjalan tanpa hala tuju
  • Suka hidup seorang diri (life alone )
  • Suka masuk tandas untuk mendapat ilham 
  • Suka berjogging 
  • Suka tidur 
  • Suka menangkap gambar
  • Benci orang cakap banyak , bising
  • Benci gedik 
  • Benci orang bodoh
  • Seorang yang jaga maruah keluarga , kawan ( sorang cari pasal, mampus lah )
  • Suka cermin diri sambil buat gaya rambut 
  • Suka berkawan
  • Suka melancong
  • Suka akan politic 
  • Suka akan bahan kimia
  • Arif dalam penciptaan Bom 
  • Arif dalam penciptaan thermal Physics
  •  Suka melawat tempat shopping
  • Suka melawat tempat kejadian
  • Seorang yang pelik
  • Seorang yang mystery
  •  Suka sedih , emotional
  • Suka kertas
  • Suka warna purple , putih , grey , hitam , pink
  • Suka Kpop 20% , British 40% , american 30% , malaysian 10%
  • Suka berdiam diri dari bergaduh
  • Suka menolong
  • Murah hati 
  • Suka starbuck
  • Takut akan panas matahari sebab jaga kulit
  • Kaki likes di facebook 
  • Kaki tweet di twitter 
  • Bercita-cita untuk study di London atau Paris atau Korea 
  • Bercita-cita untuk jadi lecture atau engineer 
  • Ambil 12 subjects dalam SPM 
  • Seorang budak baik
  • Anak mak  :)

Saturday, October 13, 2012

Busy Busy Busy


































Hey assalamualaikum all friends . Hari ni dan masa sekarang ja aku sempat nak mengupdate post aku sebab sepanjang bulan aku memang sibuk --' . Exam exam exam . Nak pecah otak aku menghafal Bio and sekejap lagi aku akan cerita lebih terperinci tentang exam . Did you see all my friends on the top ? Yaa, they all my friends . Friends worth everything to us . Tapi family tu mesti didahulukanlah . Walau bergaduh macam mana pun , air dicincang tidak akan putus . Oh, macam ahli sastera dah memandangkan aku ambil exam BM Khamis ni sebab Isnin last week aku pergi program "Selangkah ke University " dekat USM .  Ceyy, bangga sikit sebab dapat jadi pelajar USM for one day and the half . Pada mulanya ,  memang tak rela pun nak pergi then dengar ja dapat skip exam BM , terus hati ni rela rela ,haha . Lawak sungguh ,  aku macam kurang suka subject BM tambah-tambah tatabahasa . Well, malu ja anak melayu tapi tak pandai BM , janganlah ikut perangai aku ni :)

After habis ja exam aku ada banyak events . Start dengan seminar sukan apa ntah dekat sekolah ( Sabtu ni ) . Selasa pula motivasi pengawas . Sebagai pengawas kanan baru , aku kena uruskan pasal sairraya . Rabu pula paintball . Then November trip to Dubai . December trip to Beijing and Singapore . Busy-busy-busy . Bila duduk rumah jadi anak mak ayah ni , susah la , semua kena dengar cakap . Sometimes rasa rimas but sometimes rasa seronok .  Okay , people said teenage's life only once .  Time ni lah kita nak rasa bercinta , frust study , berkawan , sakit , buas , nakal and so on lah . Most important, janganlah jadi macam aku ,  orang ajak solat terawih dekat sekolah aku and kawan-kawan aku lari panjat panggar sebab nak balik --' . Then , free kena perli dengan kawan aku " Pelajar harapan sekolah panjant panggar " haha .  Macam aku cakap sebelum ni lah ,  biar kita jahat asalkan orang tak nampak :)   . Paling-paling penting nakal kita ni kita tak malukan dan menyusahkan ibu bapa .  Bila lagi kita nak merasa kalau bukan time sekarang .  Nanti dah tua, teringat pulak nak panjat panggar . Panjat-panjat bukan orang panggil polis tapi orang panggil hospital bahagia sebab something wrong dekat otak dia, haha .

Life is short , enjoy lah selagi mana kita mampu . Dalam-dalam enjoy tu, pastikan ada batas syaraknya .  Sememangnya budak-budak PMR dah angkat bendera tanda merdeka . Kami ni belum lagi :( Seronoklah korang kan ? haha,  bergembiralah .  Teringat time aku PMR dulu .  Time pemeriksa yang jaga bilik periksa aku tu . Tak silap aku time exam agama, Sejarah and Geo, pengawas yang jaga bilik aku tu tidur . Dengan rangkusnya kawan-kawan aku mengambil kesempatan tu untuk melihat-lihat jawapan kawan mereka yang berada di kiri dan kanan .  Aku budak baik O:)  ( --' )  Aku tak tirulah time-time pmr ni . Bak orang kata Usaha Tangga Kejayaan . Orang tua jalan bertongkat, kalau kita bersepakat , harimau di hutan dapat diikat .  Ceh,  semangat nak menjawab BM .  After PMR , kita pergi pulak ke exam biasa time sekarang . Lagi seronok , siap baling-baling kertas , selit jawapan dalam pen , tulis jawapan dalam calculator , buat-buat tidur padahal jawapan penuh dekat meja , tengok kawan sebelah , tulis jawapan dekat tangan and ... . Semua ni kami budak-budak kelas science dah buat dah la . haha . Kami gang-gang laki ni semua sepakat tak kira Cina or India or Malay .  Asalkan ada jawapan dah cukup .

We start off dengan hari Jumaat .  Exam math ,  well, paper II agak senang and aku berjaya jawab semua soalan .  Yang agak susah dekat paper I .  :D So far no problem and I scored A's in my Mathematics final exam .  Then Selasa , English paper and Pendidikan sivik .  No problem juga .  The problem was time hari Rabu , Paper Bio I , II , III .  Start with paper II dulu ,  bila dapat ja paper muka aku terus bertukar jadi macam ni -_-  . " Ya allah , apa kejadahnya soalan ni nak , aku tak faham langsung .  "    So far markahnya okay and rahsia , aku takkan cerita dekat sini :P  .   Paper III juga okay ,  and I like to conduct an experiment . Paper tu la senang nak dapat markah tapi agak pusing jugalah soalan . Budak-budak pmr or form 2 yang next year or lagi dua tahun nak masuk science tu , korang dapat tengok lah nanti macam mana Bio tu membunuh . Setiap sistem dalam badan ni kena hafal, dalam binatang kena hafal , organ-organ binatang , tumbuhan , jenih vitamins , zat , darah , sendi , tulang , kulit , cell , tissue , cara bernafas and.... . My friend Samantha can score A+ in Bio , for sure korang pun boleh :)  My result ?? Ehem-ehem its kinda private :P  Aku dapat A- ja untuk Bio exam mid year haritu . Aku major in Sejarah , Physics , Chemist , Math and Add Math only .  Bahasa ( English and Malay ) ,Bio, agama kurang s Aku ikit .  Then Paper last paper I Biology .  Okay , agak senang berbanding paper II . Bila Paper II dah susah , paper I for sure senang . Bila Paper I susah , Paper II senang .  So far, orang tak harap pun paper I dalam physics , Chemistry , Bio . Kami just mengharap dalam Paper II and Paper III . Sebab dalam SPM 15% ja diambil dari markah Paper I . So, for what nak score paper I  :P ceyy jahatnya . Kalau guru-guru aku terbaca , sure aku kena katoq , sebab mengajaq supaya tak payah score paper I  :)

Now hari kedua pula aku update blog.  So sorry if post aku kali ni panjang sangat .Aku tengah update post sambil tengok naughty kiss . For me, naughty kiss best but Boys over flower best lagi. Well, aku bukan minat pun Kpop-Kpop ni semua,but disebabkan boring sebab tu lah ambo berbuat demikian . Day 4 , exam yang paling-paling kami suka ( sambil jeling tengok atas ) , exam Pendidikan Islam . Ohhhhhhh, susah sangat kot. Rindu nak turun ke menengah bawah balik sebab senang .  Still teringat time dulu-dulu, agama selalu score 95 and above . Sekarang , nak dapat 90 pun jenuh kena merangkak . Ya Allah , kan bagus kalau dapat turun balik ke masa form 3 dulu . Rindu time tu , dapat gossip-gossip dengan cikgu terutamanya cikgu English, BM , Sejarah . Time seni semua lari keluar kelas .  Cikgu masuk pintu depan , kami lari pintu belakang . Rindunya zaman tu .  Exam agama membuatkan kami semua pelajar Islam terasa nak tidur sambil menangis , macam manalah agaknyakan ? Dah la tidur, then nangis pulak . Paper II boleh jawab lagi . Paper I tu yang masalah sikit , sikit jaa .  Habit aku, bila exam , suka minta keluar nak pergi tandas . Padahal aku tak pergi pun , aku ronda satu sekolah sebab nak cari ilham . Bekas guru kelas aku tahu dah perangai aku . But , dalam macam tu pun ada ura-ura kata aku meniru --' Critttt,  not fair lah kalau aku nak meniru kertas time exam . Kot la kalau tanya jawapan dekat kawan sebelah tu okay lah .  Kawan sebelah aku dua-dua Hindu, memang kami rajinlah tiru meniru dan berkongsi jawapan . Depa bagi jawapan agama dekat aku , aku bagi jawapan tamil dekat depa . Don't play play haa, ambo bole pahe bahasa Tamil tu :)  Time form 1 dulu belajar dengan class mate aku . Sekarang dia pindah pergi DOB dah .

Day 5 , exam Sejarah . Yeah , favorite aku tu . Aku suka Bahagian B paper II Sejarah . Menulis essay sejarah . Time dapat paper II tu ,  memang best kot . Buka-buka senang jaa. Mai paper I yang aku berkerut tu --' .  Lawak kot muka aku time tu , hahaha .  Aku pun dengan malasnya terus letak muka aku and tidoq .  Tidur for 10 minutes only . Then terus jawab and jawab . Alhamdulillah , 50 questions siap dijawab tanpa ragu-ragu aku sambung tidur balik sampai la masa habis . Dah lepas tu lepas, aku malas nak fikir dah pasal exam yang dah lepas same goes to paper pmr and spm . If dah jawab tu , jangan nak nak cuak, gelabah takut tak score . Insyallah boleh :) Sambil aku dok menulis blog , sambil tu dok pokes Aimi  ( jangan marah :P ) .   Dugaan betul buat aku sebab day 6 tu Physics paper I , II & III . We move on to Physics . Paper II okay , paper III pun okay .  Paper I yang masalah .

When I opened my physics paper just now, I just like "holly shit. Shit damn!" Damn difficult I said . Rasa nak nangis ja buat paper physics tadi  ~ adapted from Muhd Shafiz punya facebook (mine)
Opssss,  ayat di atas for 18sg although aku pun tak cukup 18 lagi :P Even Sam pun tidur time jawab exam physics ni pulakkan aku , huh .  Malam before exam physics , aku ada ajar kawan aku , Firdaus sambil-sambil bagi soalan bocor  :P  Aku suka mengajar kawan-kawan aku physics and add math .  Aku ada juga laa ajar kawan aku yang SPM and Mathematics T in STPM , tolong-tolong kawan .  Orang berbudi, kita berbahasa .  Result Physics paper I dah pun dapat , jeng jeng jeng .... Rahsia laa marks aku tu , nak tahu, mu pande pande la jumpo ambo nih .  Influenced dengan abang-abang kelate dekat USM , abang angkat weng king lah ( One of my school mate ) . On the next day Chemistry . Still sama juga , paper I yang susah and aku kurang nak bercerita pasal Chemistry  :D

We move on to the next day , Thursday , its for Additional Mathematics . I love that subject , if tak A , abah aku akan marah . Better aku kena score add math and physics . Paper II senang and Paper I pun senang . Bagi aku je la, tak tahu bagi kawan-kawan aku tu macam mana .  Tapi aku ni ada perangai pelik sikit ( banyak kot ) , undefined lah diri aku ni , susah nak digambarkan .  Aku akan jadi garang time mengajar , tambah-tambah to kawan-kawan aku yang tak faham nak jawab tu . Kali kedua buat soalan jawapan yang salah, mulalah aku nak naik suara and sebagainya. Sorry to Firdaus and Farah yang selalu kena jerkah . Doakan aku ya supaya add math score A macam math aku .  Macam mana pun tak pa , after spm if tak dapat tajaan kerajaan , abah bayar pergi study oversea , time tu laa nak katoq minta oxford or cambridge .

Terima kasih daun keladi , harap berjumpa lagi :)

Terimalah poem khas dari aku ni

Friendships come and friendships go ,
Like wave upon the sand,
Like day and night,
Like birds in flight,
Like snowflakes when they land ,
But we are something else ,
Our friendship's here to stay,
Like weeds and rocks and dirty socks,
It never goes away :)

Tuesday, September 11, 2012

1 month

Hey assalamualaikum .  Hey , aku rasa dah nak dekat sebulan aku tak mengupdate blog aku yang kian usang dah ni .  Bukan aku malas sebenarnya tapi memang ada pun perasaan malas tu sikit . Aku kebelakangan ni agak menyibukkan diri aku dengan buku-buku dan makan makan . Balik sekolah makan , petang makan , maghrib makan , malam makan , before tidur makan . Ish, macam orang mengandung la pulak . Orang kata kalau kita gembira mesti kita makan kan ? Aku gembira ni , sebab tu laa aku makan ja memanjang tanpa menghiraukan orang . Padahal apa yang aku cakap pasal makan tu hanyalah tipu tipu belaka sahaja . Mustahil laa orang yang berat 59-60 kg macam aku nak makan tanpa henti . Nak mampus ? sekali timbang berat terus skru penimbang tu tercabut pulak .

Motif sebenar aku sibuk ialah aku sibuk membaca . Bulan lepas , aku dah habis memborong buku dekat kedai buku . Jadi , aku mesti la kena baca semua buku tu sampai habis . Kalau tak , gerenti seratus peratus mak aku akan memulakan tazkirah dia ( faham faham ja la ) . Motif aku seterusnya,  aku kekurangan masa untuk buka komputer riba . Balik sekolah dah pukul 5 . Then , balik-balik terus solat kemudian main badminton dengan jiran . Malam pulak kena belajar dan buat kerja rumah . Memang sah la aku sempat buka muka buka guna telefon bimbit jaa . Motif ketiga , aku malas nak buka twitter atas sebab-sebab tertentu ( padahal tak reti nak guna )  . Aku buka twitter sat ja, dah mula nampak macam-macam .  Buat tambah dosa aku ja tengok orang dok perli orang lain dekat twitter .  Untuk pengetahuan la kan , twitter digunakan untuk kita menyebarkan maklumat terkini tentang apa-apa saja, bukan untuk menambahkan dosa.

Kebelakangan ni , terutama selepas raya , aku agak sibuk mengajar kawan-kawan atau sahabat-sahabat aku subjek matapelajaran yang menunggingkan otak mereka seperti Matematik Tambahan dan Fizik . Oleh sebab tu la aku duduk dekat sekolah sampai pukul 5 . Ada kalanya sampai pukul 6 sampai mak cik guard yang bising tu pun halau kami dengan menggunakan kata-kata dusta dan mak cik guard tu ada hari kami balas balik apa yang dia cakap sampai dia pun mengalah dengan keceluparan mulut kami ni . Kami nampak skema, baik tapi bila kami bercakap , habis semua keluar tanpa ditapis . Kalau hampa semua sedar ,  blog aku kali ini tak ada satu pun perkataan Bahasa Inggeris . Saja ja buat macam tu . 

Wednesday, August 22, 2012

A week school holiday during Hari Raya

Hey friends , Assalamualaikum I wish to you and Selamat Hari Raya . Jangan lupa duit raya sekali yaa :) Today aku just saja nak update post tentang Raya , well, aku baru balik from kerja part time aku dekat GSC .  Memang aku tak mengantuk , memang bantal pun menghalau aku jauh-jauh dulu . Tiba-tiba ja aku jadi hyperactive malam-malam ni walaupun aku kerja shift malam  .  Esok pulak aku kerja shift pagi . Memang kena ambil lidi laa buat tiang dekat mata ni ala ala macam dalam cerita mr bean holiday tu --' Aku tak tahu la kalau aku buat betul-betul macam tu .

Raya ni memang membuatkan badan aku gemuk . Cuba angkat kaki sekejap kalau sape rasa badan dia pun dah gemuk atau berat dah naik . Alaa, tak pa ,  kita set je laa jarum tu pergi ke -5. Gerenti puas hati bila timbang berat . Semua happy face ja lepas timbang berat . Raya - raya ni mesti la kena happy face, tak mau la sad face  macam ni :(  haha .  So , macam mana preparation korang semua pasal Raya tahun ni ?  Aku ibarat macam pak cik kalut dekat pasar .  Aku laa yang paling sibuk dekat rumah . Aku potong bawang , potong daging , potong ayam , masak rendang , anyam daun ketupat , buat ketupat , and what ever la --' Malas aku nak tulis banyak - banyak buat jari aku ni habis tenaga ja walaupun aku baru lepas makan nasi minyak ja ni :)

Macam aku cakap dekat facebook haritu , raya kedua sampai raya ke enam aku akan kerja dekat GSC .  Duduk rumah bosan laa ,  hari-hari aku macam patung ja dekat rumah . Dah tak tahu nak buat apa . Kerja aku selalu makan, tidur , study , tu ja kerja aku , haha . Memang life aku hari-hari membosankan . Time puasa-puasa aku always layan misteri jam 12 . Memang sah laa aku layan cerita tu hari-hari even sekarang pun aku still dengar .  Memang tak laa aku  nak tengok tv.  Life aku memang kurang enjoy sebab aku bukan jenis selalu tengok tv  .  For me , tv tu ibarat cermin ajaib macam ala ala cerita enchanted tuu .  Mana tak nya , balik sekolah pukul 4 . Then if penat sangat-sangat aku tertido . Petang pergi jogging . Malam study and lastly baru facebook .  Nak pegang remote tv tu pun maybe tiga hari sekali . Bila tengah malam nak tengok, mula laa ayah aku pulak nak layan astro dia .

This year , pintu rumah aku akan sentiasa terbuka-buka and siap memanggil-manggil lagi suruh masuk .  Maksudnya open laa ==' .  Tapi oleh sebab aku kerja , so , kawan-kawan kakak aku je la yang datang. Ehh, kawan aku sorang datang , Firdaus . Tu pun time kami break kerja apabila jarum jam menunjukkan pukul 11 malam --' .  Demi memakan nasi minyak mak aku masak . Kami meredah hujan yang agak lebat untuk ke jejantas . Macam-macam theory laa kami dok tarik .  Last-last theory ke mana , hujan ke mana .  Sampai je jejantas kakak aku datang ambil  .   

Saturday, August 18, 2012

Preparation for Raya

Hey peps , Hello friend , Welcome readers

First of all, kesempatan yang aku ada ni walaupun sekejap je, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin . Terutamanya kepada orang yang aku telah menyakiti hati mereka . Maaf sangat-sangat . Dari hujung anak rambut hingga hujung kuku kaki aku memohon ampun dan maaf . Well, jangan lupa duit raya sekali :) .  Jaga laa keselamatan anda sepanjang musim perayaan ini.

For preparation pulak, tahun ni aku tak ber semangat nak raya . Mak Ayah always busy dengan kerja . Tak dapat nak spend waktu terluang tu untuk prepare raya . Orang lain happy je raya but for me , raya tiap tiap tahun sama . Nothing change , nothing happen , its remain constant for sure . Masing-masing busy . Aku je yang sibuk nak buat ketupat , rendang . Yang lain , sibuk dengan kerja :( .  Happy tengok family kawan-kawan aku gather , buat ketupat sama-sama , buat rendang sama-sama , hias rumah sama-sama . That's why everyday time malam Ramadan, aku keluar rumah , aku merayau merata , aku berbuka dengan kawan-kawan aku . At least kawan-kawan aku ada masa nak dispenkan dengan aku berbanding family aku sendiri. Bila aku snap picture, aku dapat release stress berbanding dari aku fikir semua masalah aku . Aku rasa aku dapat luahkan apa yang aku rasa dekat sini ja. Dekat kawan-kawan pun, tak nak ganggu depa . Aku nak tido ja, malas nak raya .